Ramai orang luar negara tahu bahawa Malaysia adalah salah satu lokasi percutian menarik. Kebanyakan mereka yang datang ke Malaysia mahu menikmati keindahan di negara ini. Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang pelancong luar negara berkongsi pengalamannya di Malaysia. Difahamkan, pelancong itu mengalami alahan kerana gigitan nyamuk, kulitnya menjadi kemerahan kerana cuaca panas, sakit perut kerana makanan pedas dan selsema disebabkan penghawa dingin.
Bagaimanapun, dia tetap menikmati setiap detiknya ketika berada di Malaysia.
Menjengah di ruang komen, ramai netizen berharap pelancong itu gembira dengan pelancongannya di sini dan ada juga mengatakan bahawa Malaysia adalah negara yang baik untuk membina imuniti badan. - CARI |
ADVERTISEMENT