CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjaya Walau Sejarah Silam Hitam, Budak Henry Gurney Pun Mampu Raih, 5A, 6A, 7A Dalam SPM

24-6-2022 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2542| Komen: 21

Pada minggu lalu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah diumumkan dan dapat dilihat pelbagai perkongsian dimuat naik oleh calon-calon yang berjaya dalam peperiksaan tersebut.


Tidak ketinggalan, para pelajar dari Sekolah Henry Gurney juga turut meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh 5A, 6A dan ada calon berjaya mendapat 7A sebagai bukti kesungguhan mereka menuntut ilmu.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Izzati menerusi ciapannya baru-baru ini.

Foto: Kosmo

“Budak Sekolah Henry Gurney berjaya dalam SPM mereka,” ciapnya.

Difahamkan, seramai 11 pelajar berjaya meraih keputusan cemerlang tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bangga melihat kejayaan yang dihasilkan kesemua pelajar berkenaan walaupun mereka masing-masing mempunyai sejarah silam ‘hitam’.

“Tahniah, anda semua dah buktikan boleh berjaya dan perolehi keputusan hebat seperti pelajar lain, teruskan usaha untuk lebih berjaya,” ciap seorang pengguna.

Dalam pada itu, ramai mengharapkan agar pelajar-pelajar tersebut diberi peluang kedua untuk mereka buktikan sesuatu yang hebat buat masyarakat dan negara.

“Beri mereka peluang, jangan pinggirkan mereka, mungkin sejarah mereka sebelum ini mampu jadikan mereka lebih hebat dari orang lain, lahirkan pakar-pakar dari generasi seperti ini supaya masyarakat tidak pandang serong pada mereka,” kongsi pengguna lain. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 24-6-2022 04:59 PM
wow... hebat semangat kental walau hidup panca roba
hat jenis ni lah yg akan lebih berjaya di masa depan
sebab mereka da rasa without power, knowledge & money ... you're nothing
Quote ninja9 24-6-2022 05:04 PM
sekolah yang masa ambik keputusan mesti pakai pakaian seragam putih dan bergambar pulak dengan barisan pembimbing mereka guru-guru dan polis.. aku dengar guru-guru yang mengajar sana ajar macam biasa cuma bila ada hal disiplin guru tu tak handle, dia cuma bagi tau siapa pelajar kepada pihak pengurusan dan mereka yang handle... mcm mana tak tahu, tetapi terbayang dalam kepala aku spt dalam cerita filem hongkong pelajar tu kena pijak-pijak...
Quote makita 24-6-2022 06:05 PM
Ye la duk dlm tak stress kene bantu mak pak cari duit... x perlu jaga adik. Mcm duk asrama n ikut je la program yg dah disusun. Tunggu bas nak ke sekolah pon x perlu. Jadi mmg bagus dan bijak la kalau manfaatkan peluang belajar ni.
Quote adiwarna 24-6-2022 06:09 PM
Diorang ni rebel/samseng jer, bukan bodoh/lembam/lembab....ada perbezaan di situ
Quote Artemesiaa 24-6-2022 06:29 PM
Tahniah buat mereka masuk sana bukan tak boleh berjaya
Quote Decaffeinated 25-6-2022 12:39 AM
adiwarna replied at 24-6-2022 06:09 PM
Diorang ni rebel/samseng jer, bukan bodoh/lembam/lembab....ada perbezaan di situ

bad boy yang pandai lagi tinggi saham


Quote MarryPottet 25-6-2022 01:02 AM
Tahniah dekkk
Jangan sia2kan ilmu yg diperoleh
Moga kan dapat tempat untuk melanjutkan pengajian peringkat tertinggi serta menjadi insan yg berguna untuk agama, bangsa & negara

Akhir kata, majulah sukan untuk negara!
Quote Kurex 25-6-2022 01:08 AM
Dap dap budak henry gurney ni
Quote supernaturalee 25-6-2022 01:20 AM
Dh besor pandai sok jgn join politik

Quote surih07 25-6-2022 01:50 AM
Kudos adik adik. Teruskan!
Quote fealefea 25-6-2022 12:29 PM
Bukan x pandai, terlalu pandai dan byk akal
Quote makneng 25-6-2022 12:56 PM
Tahniah semoga lebih berjaya di masa hadapan dengan cara yang baik.
Quote doubleharmonic 25-6-2022 03:04 PM
hodoh lah ko pegi blur kan gambar macam tu dah kenapa hah noreen? kalo tak nak tunjuk muka budak tu tak yah lah suruh diorang berposing sakan dari awal siap pegang kadbod 5a 7a bagai? lepas tu satu keja lagi ko nak censor satu2 muka budak tu pulak kan hah noreen?
Quote dua_chzy 25-6-2022 03:06 PM
adiwarna replied at 24-6-2022 10:09 AM
Diorang ni rebel/samseng jer, bukan bodoh/lembam/lembab....ada perbezaan di situ


Kan. Aku selalu rengsa baca komen2 acik2 forom ni kengkadang bengap sangat, budak lembam OKU pun disangkanya lemah segala segi sampai tak reti buat jahat hapa segala seolah everything about them is angelic pure gitoh.
Quote pyropura 25-6-2022 08:46 PM
Wow, ada juga berita gembira ditengah2 kemelut krisis bala angkara Umno ni yer. Tahniah dik moga berubah total, boleh bantu makpak & negara. Kalu taknak ulang kejahatan, jgn.masuk Umno dik. Tu je
Quote zarulnazmi 26-6-2022 01:21 AM
Tapi kenapa "blur" muka diorang?
Quote makadek 26-6-2022 08:32 AM
Semoge jadik insan berguna nak
Takmau rebel2 lagik dunia semakin mencabar jgn engko keluor dr hg engko bangga jadik dak gh pulak
Quote jalfa 26-6-2022 08:35 AM
Decaffeinated replied at 25-6-2022 12:39 AM
bad boy yang pandai lagi tinggi saham

Haha..ini anak anak aku selalu dok bagitau aku..tanya kenapa ehh budak pompuan kat sekolah dia suka dak dak nakal..dak dak otak kunen...aku gelak x da jawapan..
Quote Supersirap 26-6-2022 08:36 AM
Tahniah diucapkan semoga kejayaan ini menjadi dorongan dan semangat kepada pelajar lain

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.318961 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top