CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Loya, Dapur Kedai Makan Bersepah Dan Menjijikkan

24-6-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4773| Komen: 34

 Tular di media sosial satu gambar menunjukkan keadaan sebuah dapur yang kotor dipercayai milik sebuah kedai makan mengundang pelbagai reaksi orang ramai.


Gambar itu dikongsikan menerusi Facebook JJCMKedah memaparkan persekitaran dapur itu yang tidak terurus di samping dipenuhi dengan sampah terutama di bahagian lantai.

Lebih menjijikan, bahan makanan juga didapati tidak diletakkan di dalam bekas berasingan atau tertutup membuatkan ramai pengguna berasa loya melihatnya.

Foto: FB

Bagaimanapun, lokasi dan bila gambar itu diambil tidak dapat dikenal pasti.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan pendedahan terbabit dan menyifatkan ia sebagai satu perkara yang menjijikkan.

“Sebab itu saya tak suka makan di mana-mana kedai makan. Kebanyakannya memang macam ini. Dari depan lawa dan bersih, bila pergi dapur memang teruk,” kata Fishah.

“Macam mana masak macam ini? Tengok keadaan dapur pun tak lalu nak makan, menjijikan,” seloroh Azila.

“Kalau nampak kedai dapur jenis berselerak dan kotor macam ni memang tidak akan makan dah. Masuk dalam kereta boleh muntah,” ujar Edarozana. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-6-2022 04:51 PM
Jijixnya!
Quote Buritan 24-6-2022 04:52 PM
Hohohoho.. bersihnyaaaa
Quote ninja9 24-6-2022 04:54 PM
aku suspect kedai ni mesti ramai pelanggan. tahinah semua yang dah makan kat sini...
Quote dani-rox 24-6-2022 04:55 PM
pusat menternak wabak baru
Quote ezacbee 24-6-2022 06:14 PM
Lantai licin xjatuh ke?

Quote ezacbee 24-6-2022 06:15 PM
Lantai licin xjatuh ke?

Quote Artemesiaa 24-6-2022 06:27 PM
Euwww pengotornya mesti kedai jual mee nampak banyak balance mee dan kulit telur disitu
Quote CariMalay 24-6-2022 06:42 PM
Setan punya tukang masak. Geli kau tahu tak
Quote Belibis 24-6-2022 07:19 PM
Kalau jatuh pun bangun sendiri.takkan nak bagitau harian metro.
Quote syamzana 24-6-2022 07:23 PM
nmpk ke rupa makanan yg dimasak. kotor kulat daki segala mcm sama warna dgn masakan
Quote xtinkerbellx 24-6-2022 07:49 PM
Kedai char kuey tiaw ke
Quote naina 24-6-2022 07:58 PM
Style macam orang masak laju2 kuali terbakar tu main ceduk2 bahan je kan. Sampai membazir kalau ceduk2 bahan jatuh2.
Quote TOPwind 24-6-2022 08:11 PM
tengok perkakas masakan bukan kat Msia
Quote Nenasketum 24-6-2022 08:15 PM
Ni kompom setan yang bantu dia masak
Quote airfilterkotor 24-6-2022 09:23 PM
Buat hebahan tapi lokasi nama kedai takmo bagi... atau memang taktau kat mana pun tapi sejenis spesis kaki forward forward tak tentu hala.
Buang karan jer.
Quote Decaffeinated 24-6-2022 10:22 PM
TOPwind replied at 24-6-2022 08:11 PM
tengok perkakas masakan bukan kat Msia
'Bagaimanapun, lokasi dan bila gambar itu diambil tidak dapat dikenal pasti.'

ayat wajib di tengah2 karangan wartawan cari.

dan jgn lupa juga diakhiri dengan at least 3 quote ulasan netizen


Quote buapakperut 24-6-2022 10:46 PM
Kedai charkuaytiaw ke tu. Kembangnya tekak. Mesti kedai tu banyak lipas dan berbau
Quote surih07 25-6-2022 01:54 AM
Eee binawe betui pengotoq mcm ni
Quote makneng 25-6-2022 12:58 PM
Iyeeekkkkkkk [em:11:]

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.044632 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top