Baru-baru ini, ada seorang lelaki telah memberitahu bahawa dirinya mengalami ketagihan air tin bergas dan dia meminum sebanyak 30 tin sehari dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Memetik Daily Star, Andy Currie berusia 41 tahun itu dikatakan telah meminum lebih kurang 219,000 air tin bergas, bersamaan dengan 8,000kg gula serta telah melaburkan sebanyak RM37,939 setahun hanya untuk air bergas tersebut. Difahamkan, Andy berkata dia amat suka minuman air bergas yang sejuk dan dia juga mengatakan dia mampu menghabiskan minuman ringan bergas bersaiz 2 liter sebanyak empat hingga lima botol sehari. Tetapi, selepas mendengar nasihat dari pakar kesihatan, Andy telah mengambil keputusan untuk menamatkan amalan yang bahaya kerana khuatir dengan ancaman penyakit kencing manis yang serius. -CARI |
Belibis replied at 24-6-2022 09:42 PM
Teruskan jer la..nak risau apa kalau dah 20 tahun tak kena diabetis pun..kira kebal la tu
djzara81 replied at 26-6-2022 03:08 AM
Aku syak dalaman dia dah rosak. Tgk mata cukup. Ticking bomb.
Decaffeinated replied at 26-6-2022 05:16 AM
"serta telah melaburkan sebanyak RM37,939 setahun hanya untuk air bergas tersebut"
dua_chzy replied at 26-6-2022 09:16 PM
Nak cepat siapkan artikel sampai lupa ada equivalent untuk spent dalam BM yakni membelanjakan.
ADVERTISEMENT