CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Belajar Tinggi Tapi Bod*h,"-Ibu Serang Ckgu, Tak Puas Hati Anak Dipukul Dengan Buku Di Muka

24-6-2022 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10923| Komen: 176

Kecoh mengenai video yang tular di media sosial mengenai seorang guru didakwa memukul muka seorang pelajar menggunakan buku.

Menerusi rakaman berdurasi hampir lima minit itu, kedengaran seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar berkenaan sedang bersemuka dengan pihak sekolah mengenai insiden berkenaan.

Kelihatan daripada video berkenaan adalah guru wanita dipercayai individu yang bertanggungjawab terhadap perlakuan berkenaan serta seorang lelaki dipercayai pengetua sekolah.


Foto: via mStar

Difahamkan, guru tersebut menghukum pelajarnya itu tidak membawa rekoder untuk menduduki ujian amali bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik.


Walaupun guru tersebut membuat permohonan maaf, si ibu bertubi-tubi mempersoalkan tindakan memukul anaknya di bahagian muka.

"Macam buku tu dia (cikgu) tepuk. Nanti mama nak tepuk muka cikgu... sepuk muka cikgu," kata wanita berkenaan yang meminta anaknya melakonkan semula kejadian yang berlaku.

"Buatlah!" balas guru berkenaan secara spontan.

Enggan meneruskan pertengkaran, guru berkenaan memaklumkan bahawa ibu pelajar tersebut mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan isu membabitkan anaknya.

"Jadi selepas ni banyak je pilihan yang ada. Saya boleh je tak nak ajar dia, boleh suggest kat cikgu-cikgu lain untuk ajar dia. Atau dia boleh pindah sekolah," katanya.

Si ibu bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tidak mahu guru berkenaan masih mengajar anaknya.

"Saya pun lagi tak nak ajar," jawab guru tersebut.

Guru itu turut mengakui terdapat beberapa pelajar lain yang dipukulnya di atas beberapa sebab seperti tidak membawa buku sekolah.

"Daripada awal lagi saya dah kata, memang itu salah saya... minta maaf," katanya.

Masih dipersoalkan alasan anaknya dipukul, guru itu tampil menjelaskan bahawa pelajar berkenaan bersikap biadab.

"Penting ke kau nak pukul muka anak aku? Kau cikgu, kau ada pelajaran, belajar tinggi-tinggi tapi bodoh. Kau pukul muka dia dengan buku macam tu.

"Anak kau kalau kena pukul dengan buku, macam mana kau nak buat? Nak kata 'terima kasih cikgu sebab pukul muka anak saya'," balas si ibu.



Wanita itu berkali-kali menegaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya anaknya dihukum di atas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, tetapi bukan memukul di bahagian muka.

"Rotan pun tak kisah. Kena berdiri ke kena apa ke tak ada nak marah.

"Tapi ni muka kau pegang, banyak kurang ajar!," katanya.

Video asal yang dikongsikan di aplikasi TikTok bagaimanapun telah dipadam, namun kini telah tersebar di semua platform media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi.

Turut difahamkan, video berdurasi hampir lima minit itu merupakan sebahagian daripada rakaman penuh pertemuan ibu pelajar tersebut dengan guru dan pengetua sekolah. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnoor2 24-6-2022 03:33 PM
Pukul muka?..gila ke pukul tang muka
Quote sharlenetexas 24-6-2022 03:44 PM
Cikgu muzik ni tak cukup kasih sayang ke?


Quote tumpanglalu74 24-6-2022 03:51 PM
Tak berbaloi ko nak masok antu kalo takat tinggey rekorder tu je.  Bukan boley cari makan pon sabjek bodow ko tu..  Harap2 ade la murid yang ketok kepale cekgu rekorder bengap camni pulak esok2.

Quote Prickford 24-6-2022 03:55 PM
One word to the Cikgu, BODOH. I dont care la sheolls cakap student tu biadap, tertinggal recorder, tapi is a BIG NO sentuh tang muka!
Quote imransulaiman 24-6-2022 03:56 PM
Mesti cikgu tu tak tahu dia kena rakam..
Quote takayama 24-6-2022 04:05 PM
sepatutnya si mak
1. bawa anak ke klinik dulu
2. report polis
3. tulis surat pd sekolah demand explanation & cc pd PPD, JPN & Kementerian
4. klu surat x dijawab br ke sekolah

camnerlah cg ni leh pukul muka anak murid dgn buku
buku muzik yg panjang dan nipis tu ke?
klu terkena bhg tajam x ke naya
Quote redz85 24-6-2022 04:06 PM
cara cikgu jawab dah tahu jenis cikgu sialan..
Quote Skuau 24-6-2022 04:08 PM
takayama replied at 24-6-2022 04:05 PM
sepatutnya si mak
1. bawa anak ke klinik dulu
2. report polis

orng pompuan emosi dtng dulu..pastu baru fikiaq...
Quote rifaa 24-6-2022 04:08 PM
Tingat dedulu cikgu penah baling buku dari meja dia sampai pintu kelas
nak mampos ckp kat mak, tak pepasal mak belasah aku plak
Quote noorhairiahma 24-6-2022 04:16 PM
nak pukul dekat bontot je lah, tak payahlah dekat muka. bukan ke sekarang dah ada circular yang kata tak boleh denda anak murid? boleh denda, tapi bukan denda yang melibatkan sentuhan fizikal?
Quote enchantedlurve 24-6-2022 04:38 PM
a big NO la pun pukul kat muka/kepala/dada..

nak pukul pun kat tapak tangan takpe lagi.. bg la sedass dua..
cara jawab pun defensive sgt..
Quote Adrif 24-6-2022 04:41 PM
dari segi undang-undang, boleh disabitkan kesalahan

dari segi etika, salah dalam menunjukkan contoh yang baik

she's doomed..

tapi kan. apa alasan budak tu tak bawak recorder gi sekolah?
Quote hotmak 24-6-2022 04:52 PM
yg rekod tu cikgu tu ye, untuk apa ye dia rekod
Quote dani-rox 24-6-2022 04:52 PM
pendidikan muzik jah pun.

brp ramai rock musicians tak reti teori dan baca note muzik, famous dan kaya lg. the Beatles tersenyum sinis takpa dekk, esok ko menang grammy awards ko bg shout out dgn cikgu hanat ko.
Quote ninja9 24-6-2022 04:59 PM
ada video kah? tak nampak videonya.... mana
Quote Buritan 24-6-2022 05:01 PM
Aku tak sokong saoe sape pung..

Bg aku yg salahhh skali adalah kpm... tak leh bg kosonggggg.. kalo boleh bg kosong sonang.. ko tak bwk aku bg kosongggg.. ko tak buek aku bg failllll.. mulut tak payah makiii tgn tak payah pukul.. ini tak dua dua pihak stress..

Ckgu stresss sbb nak pastikan srmua budak buat..
Student stresss sbb dia tak minat dia tak suke muzik ckgu duk pksa..
Quote alieyrina 24-6-2022 05:04 PM
Aku pun ok ja cikgu nak rotan tapak tangan betis bagai. Tarik telinga or apa2 area muka kepala tu aku x setuju langsung.
Quote Buritan 24-6-2022 05:05 PM
enchantedlurve replied at 24-6-2022 04:38 PM
a big NO la pun pukul kat muka/kepala/dada..

nak pukul pun kat tapak tangan takpe lagi.. bg la seda ...

Masa ngajo dulu aku bunuh budak dgn mulut.. hohohi.. mmg aku jauh dr bdk sbb aku takut terbunuh budak..  mmg stresss.. bertabahlaa cikgu..

Aku tak sokong ko pukul budak tuu.. tp aku phm ko tension tahap gunung kinabalu.. carilaa koje lain ckgu sblm ckgu mereng.. aku dah berenti baru jd org.. dulu anak aku kata mcm singa...
Quote putera_daruna 24-6-2022 05:06 PM
nak sangat kejar kpi nya pun... dah budak tu tak bawak alat muzik... tulis je lah result tak buat ujian. benda bukan subjek penting pun dalam peperiksaan

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.079524 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top