CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Siapa Label Ismail Sabri Lemah, Dia Jahil Politik,"-Hadi Awang

24-6-2022 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1811| Komen: 14

Description: MARANG: Pihak yang melabel Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri daripada UMNO yang paling lemah, disifatkan sebagai 'jahil politik'.
MARANG: Pihak yang melabel Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri daripada UMNO yang paling lemah, disifatkan sebagai 'jahil politik'.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan menuduh Ismail Sabri itu tidak tepat memandangkan Ahli Parlimen Bera itu sudah melakukan yang terbaik sepanjang menerajui pentadbiran negara.

Memberi contoh ancaman COVID-19, Ahli Parlimen Marang itu berkata prestasi Ismail Sabri bersama barisan Kabinet cukup baik dalam menangani situasi pandemik, malah berada pada landasan terbaik dalam menangani pelbagai isu dan cabaran yang mendatang.


Foto: Berita Harian

"Tak betul (tuduh Ismail Sabri Perdana Menteri BN paling lemah)…tak boleh beban atas dia seorang (dan) kena sedar semua Perdana Menteri memerintah secara kolektif dan (bersama) Kabinet.


"Alhamdullilah, (Ismail Sabri) berjaya menangani banyak masalah dalam suasana yang sangat mencabar, COVID-19 belum lagi habis (dan) kita kena sedar, masalah inflasi yang melanda (dialami) seluruh dunia, bukan Malaysia sahaja.

"Kita menghadapi masalah itu (dan ia) mencabar…orang (yang) cakap (tuduh Ismail Sabri), orang tak reti, tak tahu…orang yang jahil politik," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilapor melabel Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri daripada UMNO paling lemah dalam sejarah negara kerana didakwa tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya.

Komen Nur Jazlan merujuk status Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang sehingga kini belum diputuskan kerajaan, walaupun Ahli Parlimen Ampang itu sudah lam mengumumkan keluar BERSATU dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, selain cabaran semasa, Ismail Sabri turut memikul bebanan yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Justeru, katanya semua pihak termasuk rakyat perlu memberikan sokongan kepada Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang ada hari ini, bagi menyelesaikan isu yang melanda negara ketika ini.

"Alhamdulillah, pencapaian (Ismail Sabri dan barisan Kabinet) baik dalam keadaan yang mencabar. Nak selesai 100 peratus tak boleh, tetapi banyak yang (Ismail Sabri) selesai.

"Beliau (juga) memikul bebanan peninggalan kerajaan dahulu, banyak kerajaan dahulu tinggal (dan) terpaksalah kena baiki balik.

"Kita (termasuk rakyat) kena beri sokongan kepada Perdana Menteri dan Kabinetnya (untuk mereka mentadbir negara)," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 24-6-2022 03:10 PM
aok lah aoklahhh
Quote dani-rox 24-6-2022 05:02 PM
ni bukan jilat lg. rim job terus
Quote Belibis 24-6-2022 05:32 PM
Ya laaaa..dah satu team.takkan nak caci pulak.
Quote mikasa 24-6-2022 05:35 PM
Aku nak tengok apa dia komen waktu PRU 15 nanti
Quote nikaido 24-6-2022 05:37 PM
mestila jilat mael. dpt elaun duta free. gaji eddy ni lg tinggi dr most menteri
Quote pu3_rania 24-6-2022 07:06 PM
Wow
Bravo Hadiii
Semoga Pak Mail boleh bagi imbuhan yang lebih besar di atas jasa hang sebagai 'KAKI AMPU' aka 'PENJILAT KAHAK TEGAR'
Quote naina 24-6-2022 07:12 PM
Geli aku dengan Hadi ni
Kemain jilat
Kalau tak sebulu kemain set2 dia menerakakan orang
Quote kakikuDibibirmu 24-6-2022 07:12 PM
Makan gaji buto  tersenyum sinis
Quote gekkou 24-6-2022 08:10 PM
biar jahil politik daripada jahil agama
menunggang agama jauh sekali
Quote tripleid 24-6-2022 08:55 PM
Edited by tripleid at 24-6-2022 08:59 PM

Kalo pas masih pembangkang mesti chif lobai dgn para walaun  skrg dah gigih berguling kat pdg merbok protes barang naik..

IMG_20220624_205443_1.jpg
Quote dua_chzy 24-6-2022 09:06 PM
Bila hadi bau bawang berbicara.
Quote Decaffeinated 24-6-2022 10:46 PM
Betul la kata dia. Kalau ko jilat untuk dapat habuan, itu baru celik politik. Yang tak nak jilat tu jahil politik.

Dia cuma validate apa yang orang dah lama saspek.

Quote green~tea 24-6-2022 10:49 PM
Edited by green~tea at 24-6-2022 10:50 PM

Kenapa la haji hadi jadi camni skang.. dah hilang plak respek kat dia.. i ni kipas susah mati menantu haji hadi, dulu sheols headgirl TKC... pakar neuro ke apa ntah.. skang dah berenti lah sbb support laki berpolitik

Tatau la kenapa.. orang2 cerdik, tp bila masuk politik, auto downgrade IQ ke apa.. cam ahmad maslan tu
Quote kakikuDibibirmu 25-6-2022 12:02 AM
Anney, teh tarik wunnek!

TEH TARIK KELANTAN.jpg

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.289900 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top