Pelajar di China dipaksa tidur di dalam kelas bagi meningkatkan daya kesegaran semasa belajar.
Berbeza dengan suasana di Malaysia, mana-mana pelajar yang tidur di dalam kelas pasti akan dimarahi atau diherdik secara terbuka. Jika diamati, otak yang penat boleh membuatkan tubuh menjadi lesu, lalu menguap yang tidak berhenti hingga minda tidak boleh bekerja. Sehubungan itu, tidur untuk tempoh lima hingga sembilan minit dianggap satu kaedah ringkas, namun tinggi nilainya.
Bukan hanya tubuh menjadi lebih segar, malah otak juga mampu menyerap ilmu dengan baik. Sumber: Suara Merdeka
|
ADVERTISEMENT