Seorang wanita tampil berkongsi detik hitam dirinya yang pernah menjadi 'pemuas nafsu' bapa sendiri. Dia berharap perkongsian itu dapat membantu orang lain berdepan situasi sama, lapor Daily Star.
Dedah Aicha Dounia, 21, hampir 12 tahun dia menjadi mangsa serangan seksual bapa sendiri iaitu antara Januari 2006 hingga Disember 2017. Pada 2018, bapa durjananya itu dipenjarakan selepas kisahnya terbongkar. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadapnya atas tuduhan merogol berulang kali termasuk cubaan merogol, seks luar tabii dan serangan seksual.
"Kali pertama ianya berlaku sentiasa terngiang-ngiang di fikiran saya. Saya tidak akan melupakan perasaan ketika itu, kekeliruan dan perasaan benar-benar terganggu. "Ia sampai ke satu tahap di mana saya sentiasa dilanda ketakutan bahawa dia akan membunuh saya," kata Aicha. Sejak bapanya dipenjarakan, Aicha tidak pernah berhubung dengan lelaki tersebut. "Setahu saya, dia sudah lama mati," katanya lagi. Aicha kini merupakan seorang pelajar dan tinggal di Dublin bersama pasangannya dan bayi mereka yang berusia enam bulan. Sumber: mStar |
Suchi replied at 24-6-2022 09:31 PM
Lawa orangnya sampai hati papa dia rosakkan anak sendiri.
ADVERTISEMENT