CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Panggil Saya Mak Cik Kalau Mahu Layanan Memuaskan'

24-6-2022 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3020| Komen: 19

Sebuah kedai menjual sarapan pagi di Taiwan memasang kain rentang yang memaklumkan bahawa pelanggan berumur 18 tahun dan ke atas dilarang memanggil pemilik kedai itu dengan panggilan ‘mak cik’, lapor portal berita Mothership.


Gambar kain rentang itu diletakkan dalam kumpulan sembang Facebook Komune Baofei pada 20 Jun lalu.


Foto: Twitter

Gambar itu dirakam seorang individu yang kebetulan singgah di kedai berkenaan di Bandar Taoyuan untuk membeli makanan.

“Makcik, saya ingin memesan sepotong ayam salai dengan bawang dan segelas susu sejuk,” kata pelanggan tersebut.


Namun, permintaannya tidak diendahkan dan ia mengelirukan pelanggan terbabit.

Seorang pelanggan lain yang duduk di sebelahnya menunjukkan kain rentang yang tergantung di pintu masuk hadapan.

Kain rentang itu tertera kenyataan bermaksud: “Bagi memastikan standard makanan yang dihidang memuaskan, mereka (pelanggan) yang berumur 18 tahun ke atas tidak dibenarkan memanggil tuan kedai dengan panggilan ‘Mak Cik’.”

Setelah mengambil perhatian tentang kain rentang itu, pelanggan berkenaan menyebut  semula permintaannya.

“Bos wanita yang cantik, saya ingin sepotong ayam salai dengan bawang dan segelas susu sejuk.”

Permintaan tersebut akhirnya mendapat perhatian pemilik kedai dan dibalas dengan jawapan

‘Kain rentang itu dibuat untuk orang seperti anda.’ 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 24-6-2022 12:38 PM
Ha..ha...dah puji pun tetap kena sekolah kn....

Quote imransulaiman 24-6-2022 01:44 PM
Owner tu sepupu jauh makcik puaka kot? Hahaaaaaa!
Quote sharlenetexas 24-6-2022 01:50 PM
Acik, nak mi sup satu.


Quote Adrif 24-6-2022 02:41 PM
ahh.. passive aggressive gituu

"Mind your manners, speak politely."

biasa la. ada customers memang biadab di f&b dan retailers.

instead of marah directly kat customers, dia buat ala2 reverse psychology,
mengundang kemarahan, pada dia sendiri.

tapi tu la.. kalau tak paham sarcasm jugak.. tak tau la  
Quote Artemesiaa 24-6-2022 03:26 PM
Mereka yang duduk block belah sana seperti Taiwan Korea amat sensetive bab gelaran yang dipanggil.  Mereka lebih sula orang lain address mereka seiring umur.
Quote batu kikir 24-6-2022 03:38 PM
Tak yah kat Taiwan....kat Msia pun sama.
Aku bukanlah muda.......tapi ada pompuan tu lebihkurang sebaya atau muda mungkin paling tinggi 3-4 tahun selamba badak je panggil aku pakcik.  Nak je aku cakap....bila masa aku kahwin dengan makcik kau.
Quote chilly 24-6-2022 05:41 PM
Edited by chilly at 24-6-2022 05:46 PM

Ada sesetengah orang bitter dengan panggilan kak/bang/makcik/pakcik. Aku anggap diorang being polite despite ko muda dari org yang panggil panggilan atas tu. Aku okay jer orang nak panggil macam tu. Jangan kau datang terjah tetiba panggil anjir, bab*, betin*, sund*l pulak. Selayaknya la kalau org maki kau up & down, up status panjang2, ambik video segala bagai.

Asik2 nak merempan. Semua serba tak kena jer. Tak paham aku.

Quote kakikuDibibirmu 24-6-2022 05:57 PM
'Jangan Panggil Saya Tokong Kalau Mahu Layanan Memuaskan'

Quote kessah 24-6-2022 06:11 PM
Betul la tu , klu org puji terus rasa bersemangat nak keje wakakaka
Quote ninja9 24-6-2022 06:35 PM
gambar tuan kedai ke  dalam kain rentang tu. artikel selalu tak lengkap.... kalau muda mcm tu takkan nak pangil dengan panggilan orang tua...
Quote Decaffeinated 25-6-2022 12:36 AM
Bila nampak pekedai tu baya2 aku, aku panggil ja 'bang' tujuan hormat. Lepas tu dia panggil aku encik, geli la pulak.

Quote Jitu 25-6-2022 12:52 AM
klu dah kertu panggil acik lah sesuai kan
takkan nak panggil adik manis pulak
Quote allshares 25-6-2022 02:17 AM
Decaffeinated replied at 25-6-2022 12:36 AM
Bila nampak pekedai tu baya2 aku, aku panggil ja 'bang' tujuan hormat. Lepas tu dia panggil aku enci ...

U ni mcm my hubby. Iols selalu panggil staff kedai adik, pastu bila hubby iols sampuk dipanggilnya staff tu bang. Iols tnya kenapa, jwpn dia sama mcm u lah. Mmg pikiran lelaki begitu or budget muda belia?
Quote Decaffeinated 25-6-2022 11:13 AM
allshares replied at 25-6-2022 02:17 AM
U ni mcm my hubby. Iols selalu panggil staff kedai adik, pastu bila hubby iols sampuk dipanggilnya ...

Even budak muda pun ok ja dipanggil 'bang'.

Lelaki jarang panggil lelaki lain adik kecuali jurang umur tu obvious.


Quote glump 25-6-2022 11:33 AM
sakit telinga kalau pi urusan formal depa address kita as acik .mmg kesopanan tp pilih perkataan lain .kalau informal panggil sis tapi dimelayukan panggil akak marah pula..masal kan.
kalau lelaki aku tak lah panggil bro ke abang..jeling pulak laki aku.  ..senang panggil semua boss.. senng
Quote doubleharmonic 25-6-2022 11:59 AM
tak nak panggil makcik! kakak ok!

[ig]https://www.instagram.com/p/B7iJ3M-hcTK/[/ig]
Quote allshares 25-6-2022 01:37 PM
Decaffeinated replied at 25-6-2022 11:13 AM
Even budak muda pun ok ja dipanggil 'bang'.

Lelaki jarang panggil lelaki lain adik kecuali jurang ...

Owh mcmtu pulak. Kalau pompuan if panggil kakak pada pompuan yg lain iols rasa mcm x sedo diri plak. Unless umo kita below 30 lah.
Quote diamond_intan 26-6-2022 10:23 AM
Dia tau kot kata2 tu satu doa.
Dia nk muda selamanya
Quote NazRysha 26-6-2022 10:26 AM
Aku semua orang panggil cik

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.082751 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top