10 Memori Hidup Di Kawasan Biforti (B40). itu nukilan pengguna Twitter dikenali sebagai Asrul Muzaffar yang mengimbas kenangan menyewa sebuah apartment B40 di Lembah Klang ketika zaman bujang.
"Dulu masa bujang aku pernah sewa apartment B40 kat Lembah Klang. Memang murah gila, cuma RM350 sebulan untuk satu unit. Memang kecil. Dari pintu depan jalan tujuh langkah dah sampai pintu bilik. "Tapi tak kisahlah tu asal jimat duit. Dah jangka pun kecil dan tak selesa. Tapi yang aku tak sangka ialah mentaliti B40 majoriti penduduk kawasan itu," tulisnya dalam posting asal yang dimuat naik ke Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.
Bercerita lanjut, Asrul berkata perangai suka menanda petak parking sudah sekian lama berlarutan, malah lebih teruk ada yang bersikap pengotor dan tergamak membela ayam di kawasan kediaman itu. Antara kenangan lain sepanjang menetap di sana termasuklah ruangan tertentu yang tidak boleh diakses kerana sikap tamak penduduk yang meletakkan motosikal pada tempat tidak sepatutnya. Gangguan bunyi, kerosakan kenderaan serta kecurian juga pernah berlaku ketika dia menetap di kawasan apartment berkenaan. Menurut Asrul, golongan B40 di penempatan itu juga tidak berdisiplin, malah mereka juga suka berlumba motosikal sehingga mengganggu ketenteraman awam. Dedah Asrul, dia akhirnya berpindah ke kawasan yang lebih baik, namun sebagaimana lumrah, hidup semua orang tidak terlepas dengan pelbagai masalah lain juga. "Kondo M40 pun ada juga masalah tapi masalah satu sampai 10 yang kat atas tu dah tak ada dah. Yang jadi masalah pula bila ada yang mengelat bayar maintenance fee atau tree huggers yang tak bagi trim pokok walaupun dah jadi sarang nyamuk," ujarnya lagi. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT