Kebanyakan orang yang suka mengubah suai kereta mereka, biasanya mereka mahu mengubah untuk nampak lebih cantik dan bergaya. Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang pemuda mengubah suai kerusi keretanya untuk memudahkan bapanya yang uzur untuk masuk ke dalam keretanya. Difahamkan, kerusi kereta itu telah bertukar kepada kerusi mekanikal yang boleh keluar dan masuk dengan baik tanpa menganggu keselesaan bapanya. Tambahan pula, pemuda itu mengatakan kos untuk menukar dan memasang kerusi itu sekitar RM2,500 hingga RM3,000, bergantung kepada penjual dan kualitinya. Menjengah di komen, ramai netizen yang memuji lelaki itu kerana menjadi anak yang baik dan ada juga yang mengatakan itu adalah solusi yang bijak. -CARI |
ADVERTISEMENT