CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rakyat Malaysia Sanggup Beli Peluru Berpandu Bantu Ukraine Tentang Rusia?

23-6-2022 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2455| Komen: 18

Tragedi pesawat Malaysia MH17 yang terhempas di Donetsk Oblast, Ukraine akibat ditembak peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk masih segar di ingatan ramai.


Seperti yang kita ketahui, Rusia dan Ukraine sedang mengalami peperangan antara satu sama lain yang berpunca daripada ketegangan hubungan diplomatik antara dua negara itu sejak kejatuhan era Kesatuan Soviet pada tahun 1991. 


ABC News

Baru-baru ini, Ukraine dilihat menerima peluru berpandu daripada pihak yang menyokong mereka, tetapi ada satu gambar yang menarik perhatian ramai.

Dalam gambar yang ditularkan pelbagai pihak itu, kelihatan sebuah peluru berpandu yang mempunyai tulisan “Ambik kau….demi MH17”. 



Twitter/World of Buzz

Ramai yang menganggap ini adalah cara untuk membalas dendam terhadap tragedi tersebut, tetapi tiada yang dapat membuktikan kesahihan gambar tersebut sama ada benar atau palsu.

Manakala menerusi sebuah gambar yang dipamerkan NEXTA, salah satu peluru yang didakwa dibekalkan Belanda tertera tulisan ‘Wraak voor MH17″’ yang bermaksud ‘Balas Dendam MH17’.


NEXTA

Perang antara Rusia dan Ukraine mengakibatkan pelbagai impak buruk bukan sahaja kepada mereka tetapi seluruh dunia. 

Semoga peperangan ini berakhir dengan baik agar segala urusan dapat berjalan seperti biasa.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 23-6-2022 06:19 PM
kau ingat org malaysia mampu ke nak beli missile sedekah kat ukrots
minyak naik pun mengeluh

btw tu bukan peluru berpandu pun
tu peluru meriam
ya murah..... sepadan la denga tukang derma tu
Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:24 PM
Gossip je tu baru harga ayam, telor minyak masak nak naik dah bising mana mampunya nak beli peluru berpandu macam tu
Quote blue_blur 23-6-2022 10:05 PM
bila badut berkuasa, kucar kacir...
Quote makneng 23-6-2022 10:28 PM
Laaaa…kalau betul rokyat Malaya ada yang sponsor mmg sah2 bengap ya! Baik beli beras duit tu.
Quote kakikuDibibirmu 24-6-2022 01:26 AM
Uraaaaaaaaaaa   
Quote supernaturalee 24-6-2022 04:28 AM
Tulisan yg sama kt 2, 2 peluru tu

Quote kakikuDibibirmu 24-6-2022 04:29 AM
Nuklear jangan tak nuklear!

[youtube]7QmuJ2PkrvY[/youtube]
Quote pyropura 24-6-2022 07:22 AM
Aku pun sanggup sebab Russia pernah menzalimi Muslim Chechnya. Sama je macam Prc buat kat Uyghur
Quote pyropura 24-6-2022 07:25 AM
makneng replied at 23-6-2022 10:28 PM
Laaaa…kalau betul rokyat Malaya ada yang sponsor mmg sah2 bengap ya! Baik beli beras duit tu.

Ingat apa Russia pernah buat pada.Muslim Afghanistan & Sunni Syria.
Quote Rajawali 24-6-2022 08:13 AM
supernaturalee replied at 24-6-2022 04:28 AM
Tulisan yg sama kt 2, 2 peluru tu

huruf a tak sama pun  
Quote becir 24-6-2022 08:56 AM
Bukan ukraine punya keje ke mh17 Tu?

Before mh17 tu, kedutaan dia bukak tak bukak je..pagi Lepas kejadian terus terang benderang opis berminggu2..staff memasing dulu muka lesu pemalas terus upgrade jadi muka stress. Malaysians pemalas? Diaorg lagi hauk..
Quote supernaturalee 24-6-2022 09:15 AM

utk mengaburi la konon

cer tgk huruf dgn no lain



Quote shamsadis 24-6-2022 09:18 AM
peluru perpandu? ayoooo tu peluru meriam
Quote plywood 24-6-2022 09:20 AM
Photoshoppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Quote ally9970 24-6-2022 09:23 AM
Wartawan BBNU mana nih? Meriam dgn missile launcher pun tak boleh beza?
Quote copy_paste 24-6-2022 10:07 AM
org sana yg tulis tu, bukan dari malaysia
Quote namr 24-6-2022 11:03 AM
masalahnya yg tembak tu ukraine..dorang gaduh sama sendiri bertahun2 dah choii
Quote gekkou 24-6-2022 12:07 PM
rakyat malaysia kecuali aku
hujung2 gomen x de duit kang buka tabung

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.056818 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top