Ramai rakyat tahu sejak akhir-akhir ini hujan kerap kali turun, perkara itu membuatkan ramai orang tidak keluar rumah dan mengelak dari kawasan berhampiran sungai. Baru-baru ini ada video tular di TikTok yang menunjukkan sebuah kedai makan dengan konsep pelanggan makan sambil berendam kaki di dalam sungai itu menjadi perhatian ramai. Difahamkan, rakaman oleh pekerja kedai makan tersebut sedang menyelamatkan perabot mereka dari arus sungai yang deras. Menjengah di komen, ramai netizen tidak setuju dengan keputusan kedai makan untuk menyelamatkan perabot kerana nyawa lagi penting dan air itu makin deras. - CARI |
ADVERTISEMENT