Personaliti masakan tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan berkongsi pandangannya tentang isu kucing dibaling batu oleh seorang individu.
Beliau berharap pelaku menerima hukuman yang berat sekali gus dijadikan sebagai contoh buat mereka yang bersikap tidak berhati perut terhadap haiwan. Muat naik yang dikongsikan Chef Wan mendapat pelbagai komen daripada rakan selebriti dan juga warganet terhadap isu panas yang sedang tular ketika ini. Rata-rata bersetuju dengan pandangan Chef Wan agar pelaku dijatuhkan hukuman yang berat, apatah lagi sikap seperti itu tidak sepatutnya berlaku.
Sekadar info, suspek yang baling batu pada kucing mendakwa dirinya mengalami gangguan emosi kerana tidak bekerja. Suspek kini dalam tahanan polis dan direman mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, dengan peruntukkan maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT