Anak perempuan Angelina Jolie, Shiloh Jolie-Pitt perlahan-lahan menonjolkan bakatnya di platform media sosial.
Dia menarik perhatian ramai dengan gerak tariannya. Gadis berusia 16 tahun itu memukau warga maya selepas tampil dalam klip video terbarunya yang menyaksikan dia menari dengan gerakan seni tarian moden menarik sambil diiringi lagu Vegas yang dipopularkan penyanyi rap, Doja Cat. Shiloh memuat naik klip video itu menerusi saluran YouTube miliknya. Sebelum ini dia kerap berkerja sama dengan Kompleks Tarian Millennium di Los Angeles terbabit. Dia juga tampil dalam beberapa klip video dari studio itu yang melakukan kolabrasi bersama Britney Spears, Justin Timberlake, Janet Jackson dan Jennifer Lopez. Sumber: Harian Metro
|
Prickford replied at 23-6-2022 01:52 PM
Maybe anak Mami Azhar Sulaiman boleh tag team dengan Shiloh buat video menari.
ADVERTISEMENT