Polis mengesahkan senapang angin yang dirampas dalam kes menembak mati seekor kucing di Bukit Rambai, Melaka, kelmarin adalah senjata buatan sendiri.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, polis turut merampas beberapa alatan dipercayai alat ganti senapang itu berserta 17 peluru penabur semasa pemeriksaan dilakukan di rumah suspek semalam. "Senapang angin itu dipercayai dibuat oleh si anak sebelum digunakan bapanya untuk menembak kucing itu. "Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui dari mana suspek belajar membuat senapang angin itu," katanya.
Harian Metro semalam melaporkan polis memberkas seorang bapa dan anak lelakinya selepas dipercayai terbabit perbuatan menembak mati kucing menggunakan senapang angin di Bukit Rambai, di sini, kerana marah haiwan itu memasuki rumah mereka. Perbuatan itu terbongkar selepas pemilik kucing membawa haiwan itu yang mengalami muntah darah serta luka di belakang badan ke klinik haiwan untuk rawatan dan doktor mengesahkan ia ditembak hasil penemuan geguli besi di dalam badan. Sumber: Harian Metro
|
me12345 replied at 23-6-2022 06:55 AM
Keham..tetapi kpd yg suka bela kucing kena prihatin jiran sekeliling juga..jgn biat berkeliaran ..pi ...
annehuda replied at 23-6-2022 08:56 AM
tajuk ni ok sikit daripada astro awani. btw dua beranak ni kesalahan diorg bukan sebab tembak mati ...
rikiruj replied at 23-6-2022 09:12 AM
Apa definisi senjata api dalam undang2 berkenaan ya? Dulu geng2 airsoft kata boleh tapi depa guna ...
musangbodoh replied at 23-6-2022 05:00 AM
pelik plak gambar hiasan tu
ADVERTISEMENT