Terkedu seorang wanita di Jawa Barat, apabila motosikalnya dilarikan seorang lelaki yang berpura-pura meminta garam untuk memasak.
Itu modus operandi terbaru pencuri motosikal untuk memperdayakan mangsa yang kebanyakannya suri rumah. Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan dikongsi di Instagram depok.terkini kelmarin. Menerusi rakaman itu, seorang lelaki berjaket kelihatan mundar-mandir di hadapan rumah seorang penduduk. Anak mangsa yang kebetulan duduk di hadapan rumah kemudian memanggilnya dan memaklumkan ada tetamu ingin bertemu.
Wanita itu kemudian keluar menjenguk tetamu yang hadir tanpa sedar niat sebenar lelaki itu. "Puan, boleh saya minta sedikit garam," kata lelaki terbabit sebaik mangsa tiba di depan pintu rumah. Tanpa berfikir panjang, wanita itu ke dapur untuk mengambil garam yang diminta lelaki terbabit. Lelaki itu terus bergegas menghampiri motosikal di depan rumah berkenaan dan menghidupkan enjin sebelum meloloskan diri. Sumber: Harian Metro
|
che-cikL replied at 22-6-2022 11:54 PM
Decaffeinated replied at 23-6-2022 11:05 AM
Ha ha ha...
ADVERTISEMENT