CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Berjalan Dengan Anak, Tiba-tiba Pipi Ditembusi Anak Panah 'Sesat'

22-6-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1312| Komen: 3

Wanita cedera selepas pipinya ditembusi anak panah dalam kejadian di bandar Xi’an, China.

Daily Star kelmarin melaporkan, pesakit yang identitinya tidak didedahkan itu dilaporkan dirawat di sebuah hospital di Xi’an selepas anak panah sepanjang 71.1 sentimeter mengenai bahagian bawah mata kanannya.

Bagaimanapun, anak panah tersebut tertusuk amat kuat dan sukar untuk mencabutnya hingga petugas perubatan terpaksa memanggil pasukan bomba bagi membantu menyelamatkan mangsa.


Foto: The Sun

Mangsa juga dilaporkan tidak dapat menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) disebabkan saiz anak panah itu terlalu panjang.


Nasib wanita itu bagaimanapun agak baik apabila anggota bomba akhirnya berjaya mencabut keluar anak panah besiberkenaan dengan bantuan peralatan pemotong bolt tugas berat.

Beberapa rakaman menunjukkan seorang anggota bomba sedang memegang anak panah dengan kuat ketika rakan-rakan setugasnya memotong bahagian berbeza, menyebabkan wanita berkenaan berada dalam kesakitan.

Menurut  media tempatan, mangsa sedang berjalan di sebuah kawasan awam apabila anak panah milik seorang lelaki yang berlatih memanah secara tidak sengaja mengenai mukanya.

Polis telah melancarkan siasatan bagi insiden tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 22-6-2022 03:22 PM
Kawasan awam mana sesuai untuk berlatih memanah mudah mengundang bahaya pada orang lain
Quote SayaSayangMama 23-6-2022 12:07 AM
xguna nya la
Quote mdhelmi 23-6-2022 11:35 AM
belajar memanah kat blkg rumah
angin kuat melayang ke luar

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.097765 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top