CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertuduhan Terhadap Yasin Kekal

22-6-2022 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1324| Komen: 4

Mahkamah Sesyen hari ini, diberitahu kes pendakwaan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman kerana menanam 17 pokok ganja kekal mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, seksyen itu kekal mengikut laporan kimia yang diterimanya petang semalam.

"Kes pertuduhan ini kekal dan kita memohon tarikh sebutan kes untuk serah dokumen kepada pihak pembelaan," katanya.


Harian Metro

Susulan itu, peguam Yasin, Ariff Azami Hussein berkata, pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan.


"Terima kasih kepada pasukan pendakwaan kerana menyediakan laporan kimia dalam masa singkat dan kita mohon dua minggu dari sekarang (sebutan kes) jika memadai," katanya.

Hakim Jamaludin Man menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan kes.

Selain Ariff Azami, Muhammad Yasin diwakili peguam, Mohd Yusmadi Yusoff dan Azizul Syarimah Mat Yusoff.

Pada 31 Mac lalu, Muhammad Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan susulan pendakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 itu.

Muhammad Yasin juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen kerana menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama.

Sementara itu, Mohd Asnawi memberitahu Mahkamah Majistret, perubahan pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 atau sebaliknya terhadap penyanyi itu kerana mengedar dadah masih disiasat.

"Arahan diterima daripada Jabatan Peguam Negara supaya kami buat siasatan lanjut terhadap laporan kimia berhubung pertuduhan itu.

"Kita memohon 6 Julai untuk ditaklimatkan mengenai hasil laporan itu," katanya.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan kes sama seperti ditetapkan Jamaludin.

Mohd Yusmadi ketika sidang media pula berkata, anak guamnya memerlukan rawatan pakar untuk penyakit bipolar di hospital, yang mempunyai rekod penyanyi itu.

"Saya difahamkan Yasin sudah dibawa sekali ke Hospital Sungai Buloh, namun ia bukan rawatan yang terbaik. Lebih baik Yasin dapatkan rawatan pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Pantai Kuala Lumpur, yang mempunyai rekodnya.

"Dalam hal ini juga, pihak penjara memahami keadaan Yasin dan membekalkan ubat kepadanya melalui penyeliaan pihak terbabit. Ia sudah tentu akan membantu Yasin," katanya.

Gangguan bipolar adalah penyakit mental yang menyebabkan perubahan mod tinggi dan rendah yang teruk serta perubahan dalam tidur, tenaga, pemikiran serta tingkah laku.

Orang yang mengalami gangguan bipolar boleh mengalami tempoh di mana mereka berasa terlalu gembira dan bertenaga dan dalam tempoh lain pula berasa sangat sedih, putus asa dan lesu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-6-2022 03:14 PM
Yasin ambil ubat apa? Ada ubat psikiatri bila ambil badan jadi gemuk.


Quote KamikuP 22-6-2022 03:43 PM
Mujur hukuman mati dah takde
Quote damsel_fiji 22-6-2022 04:00 PM
Mata lebam je..mesti menangis tiap malam
Quote Normabaru 22-6-2022 11:46 PM
aik helok plak dok dlm xdpt ganja..so kiranya xperlu ada ganja pon ko boleh je survive..so so so?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.190539 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top