CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ismail Leon Tanya Mana Ayah- Rihana Oksana Petra Jawab Malaysia Jauh Dan Tak Ada 5G, Tak Boleh Telefon

22-6-2022 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12517| Komen: 131

Model sensasi dan bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Petra telah mendapat soalan yang tidak dijangka oleh anaknya iaitu Ismail Leon sempena Hari Bapa baru-baru ini.


Menerusi hantaran di instagram, Rihana menceritakan bahawa Leon bertanya dimanakah bapanya selama ini dan mengakui itu adalah soalan yang paling tidak selesa untuk dijawab.

Foto: IG

“Sudah tiba masanya untuk soalan yang tidak selesa. Atau Hari Bapa tanpa bapa. Saya telah menanti soalan ini dan saya telah berkali-kali mencari jawapan.

Kebimbangan utama saya adalah untuk memberikan jawapan yang seimbang kepada Leo kerana hanya dia seorang kanak-kanak di tadika tanpa kehadiran bapa.”




Tambahnya lagi, dia turut menunjukkan peta di mana terletaknya London dan Malaysia. Malah Rihana turut menjelaskan bahawa bapa kepada anak lelakinya itu tinggal di Malaysia dan tidak dapat hadir.

“Saya cepat-cepat menunjukkan Leon peta di mana London dan di mana Malaysia, dan mengatakan bahawa bapanya tinggal di sana- jauh. Dia tidak boleh datang."



Bekas Ratu Cantik Rusia ini menceritakan bahawa anaknya turut bertanya mengapa bapanya tidak pernah menghubunginya selama ini.

“Tetapi kemudian, Leon bertanya- kenapa dia tidak menghubungi saya?. Saya terpaksa keluar dan memberitahu bahawa telefon tidak diangkat di sana, kerana belum ada 5G di sana…Jadi dia tidak boleh menghubungi dalam apa cara sekalipun.”




Di akhir hantarannya, Rihana menceritakan bahawa dia dan bekas suami pernah berbincang mengenai projek pemasangan rangkaian 5G di Malaysia. Selain itu, Rihana turut mengatakan bahawa adalah sangat penting bagi seorang anak untuk berkomunikasi dengan bapanya. -CARI

Sumber: Murai.mmy

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 22-6-2022 02:33 PM
Takpelah nakkkk .. janji apak kau zuhud berjiwa rakyat
Quote xy_daen 22-6-2022 02:44 PM
Sian kau ni Leon...dah la muka sebiji muka apak kau
Quote supernaturalee 22-6-2022 02:52 PM
dh mula nmpk mix nye
ms kecik sblm ni nmpk melayu je




Quote darkness 22-6-2022 02:56 PM
Nampak muka abe dah
Quote NazRysha 22-6-2022 03:05 PM
comeynyaaa
Quote Dwdrum 22-6-2022 03:09 PM
Keras nya hati mu abegong
Quote ifanonline 22-6-2022 03:13 PM
sultan melayu tidak bertanggungjawab
Quote _blackbird 22-6-2022 03:17 PM
mat kelate tu mmg tak ambil port langsung ke kat budak ni
Quote KamikuP 22-6-2022 03:17 PM
Sultan negeri mana tu? Kesian hak wanita dinafikan.. inikah isle ohh.. sedihnya
Quote takkizawa 22-6-2022 03:23 PM
Move on dan let go aja lah uolss. Biarkan bapa nya jawab nanti di akhirat.(Whoever he is lah. iolss malas nak speku walaupun saling tak tumpah) Berat dosa abaikan tanggungjawab pada anak ni.
Quote SedihPedih 22-6-2022 03:23 PM
i rasa abe ada bg duit bulanan kot. If not mesti kaka oks buat karangan lg panjang.

tp heols patut rasa rugi x participate dlm besarkan budak ni
Quote becir 22-6-2022 03:28 PM
padan muka abe yeh..hope oksana malukan dia berterusan...

Quote epal_putih 22-6-2022 03:30 PM
Tok raso teringin ko nok peluk anok tu
Abah dio
Quote jas7512 22-6-2022 03:30 PM
Masalah msia pun x habis2..lg menyemak dgn cite oks ni...pegi lah kuarkan kelantan dr msia..pastu lantak kau lah nak buat camna
Quote mesmerize 22-6-2022 03:31 PM
Muka daddy dia sangat.. sayangnya kalau taknak ambik tahu.. nampak comel n cerdik budaknya..
Quote abangbikerz 22-6-2022 03:48 PM
esok ko dah 18 tahun, bapak ko pon buat xtau je. ko datang la malaysia. nanti byk la org nk interbiu. hihihi
Quote abangbikerz 22-6-2022 03:49 PM
esok ko dah 18 tahun, bapak ko pon buat xtau je. ko datang la malaysia. nanti byk la org nk interbiu. hihihi
Quote suterabiru123 22-6-2022 03:49 PM
sedih tgok si anak... dpt rasakan mcmana dia nk tahu ayahnya ...
Quote krustykrab 22-6-2022 03:54 PM
JunkMail replied at 22-6-2022 02:33 PM
Takpelah nakkkk .. janji apak kau zuhud berjiwa rakyat

Raya haji ni nnt mesti dia pakai kain pelekat pi sembelih lombu dgn rakyat.. Mesti umah serambi moscow nangis2 sambil tadah tangan mohon doa

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.072386 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top