CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Sebulan Maut Diambil Monyet Ketika Menyusu Di Luar Rumah

22-6-2022 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1183| Komen: 2

Sebuah keluarga cemas ini apabila seorang bayi berusia sebulan ‘diculik’ oleh sekumpulan monyet ketika sedang menyusu di rumah.

BBC melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Mwamgongo di Kigoma, Tanzania iaitu berdekatan dengan Taman Negara Gombe. 

Sebelum kejadian, ibu bayi berkenaan dikatakan berada di luar rumah sambil menyusukan anaknya.

Gambar Hiasan

Secara tiba-tiba sekumpulan monyet telah masuk rumah mereka dan merampas bayi tersebut daripada pangkuan si ibu sebelum melarikannya.

Si ibu yang panik kemudiannya menjerit meminta pertolongan dan jiran tetangga yang mendengar jeritan itu bergegas ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang terjadi.


Apabila penduduk kampung tiba, semuanya sudah terlambat kerana bayi itu sudah pun berada di tangan monyet tersebut. 

Bayi tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher semasa mereka cuba mengambilnya semula.

Namum malanyanya bayi yang baru berusia sebulan itu disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital berhampiran. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 22-6-2022 12:49 PM
berita caprut.jpg
Quote KamikuP 22-6-2022 12:59 PM
Ada gambar?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.088430 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top