CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Normal Ke Masih Bergaji RM450 Sebulan? - Guru Tadika Bingung, Mohon Pendapat

22-6-2022 12:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3787| Komen: 49|Original author: Tatod


Peningkatan harga barangan pada masa kini tidak hanya dirasai individu berpendapatan tinggi tetapi memberikan impak besar buat mereka yang meraih pendapatan di bawah RM1,000. Untuk menyara diri sendiri pun sukar inikan pula untuk menampung keperluan keluarga.

Menerusi perkongsian pengacara Fedtri Yahya di Twitter, seorang individu tampil mengajukan pertanyaan adakah normal bagi seorang guru tadika menerima gaji kurang daripada RM500 sebulan memandangkan keadaan ekonomi yang semakin meningkat.

"I need you help to ask around. Normal ke masih bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang meningkat sekarang ini? Saya bekerja sebagai guru di sebuah tadika Islam yang saya tak nak sebut namanya," tulis individu berkenaan.

Guru tadika itu juga menjelaskan dia jadual bekerjanya yang bermula seawal 7.30 pagi sehingga 1 petang dan menjaga 19 orang murid. Pihak sekolah turut meletakkan sasaran tinggi untuk akademik, hafalan surah dan hadis.

Gambar Hiasan (Sumber Google)

"Saya baru mengajar tahun lepas. Saya bukan bersuara untuk diri saya seorang tetapi kebanyakan rakan kerja memang cakap benda yang sama cuma kami tak ada keberanian dan saluran untuk menyuarakan pasal gaji ni.

"Contoh dah bekerja hampir 10 tahun pun masih bergaji RM500 sebab kebanyakan rakan kerja ni dah berusia," tulisnya lagi.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dengan nasib guru tadika tersebut. Mereka menyifatkan majikan individu berkenaan melakukan penindasan dan memintanya untuk melaporkan kepada jabatan buruh.

Ada juga beberapa dalam kalangan netizen dan cuba meneka nama tadika tempat guru tersebut bertugas.





Mac lalu, kerajaan sudah meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula Mei lalu namun ia hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 22-6-2022 01:51 PM
cari pusat tuisyen, minta kerja kat sana daripada jadik cikgu tapi gaji RM450 ni

aku keje part time dulu2 pun paling kurang RM800 dapat
Quote vanillaninja 22-6-2022 01:59 PM
Kesiannya cikgu tadika gaji RM450
Quote ifanonline 22-6-2022 02:00 PM
gaji minimum skrg rm1500
Quote Artemesiaa 22-6-2022 02:05 PM
Tak munasabah. Jila kerja setengah hari jadi patutnya separuh dari gaji minimum jumlahnya patut lebih banyak dari tu
Quote lolita737 22-6-2022 02:10 PM
sikit sangat tu gajinya kalau nak dibandingkan dengan kos hidup sekarang..
Quote prettyuglybabe 22-6-2022 02:24 PM
sila report JTK..
Quote MistrezHermanaz 22-6-2022 02:38 PM
kesian nya..sikit sgt tu
Quote Samerosie 22-6-2022 02:44 PM
Sounds like tadika PASti ni.  What do you expect bayar pun rasanya 100 ke 150 je.  Setengah hari tak de makan minum mungkin bawa bekal sendiri.  Murid2 mcm pprt sikit terjerit2 hentam pintu.  Iols ckp based on livi g experience ada satu belakang rumah ni.  Tak pernah nampak cikgu2 stay back bersihkan tadika, rumput naik sama tinggi dgn budak kadang2 baru nak mesin.
Quote dua_chzy 22-6-2022 02:46 PM
Kedekutnya tadika Islamik.
Quote mejaputih 22-6-2022 02:55 PM
Samerosie replied at 22-6-2022 02:44 PM
Sounds like tadika PASti ni.  What do you expect bayar pun rasanya 100 ke 150 je.  Setengah hari tak ...

elok lagi tadika KEMAS...
Quote dani-rox 22-6-2022 02:59 PM
Kesiannya. Gaji masih tersangkut di skala tahun 90an kot, tak pernah naik2.
Quote borrow 22-6-2022 03:02 PM
ciput wei. Utk survived pun susah , apatah lg nk ada simpanan. If tambah2 income shuben boleh la ,tp  klo ibu tunggal, jenuh. Abang-La pun tamo. Bebaru ni lori sampah prob coz ramai pekerja lari , psl nk gaji mahal. Kan skrg byk majikan dh up gaji dari 1.2k ke 1.5k. Cabaran jugaklah kpd majikan miskin nk penuhi permintaan gaji skrg.
Quote Bedah.Cun 22-6-2022 03:36 PM
Gaji minimum sekarang RM 1,500.00. Ngkaw tak baca news ker cikgu?
Quote damsel_fiji 22-6-2022 03:42 PM
Gaji akhirat lagi bermakna sis..insyalah 450 walau kecil nilainya di dunia tp tu besar pahalanya Di sana kelak..



Quote anony-mous 22-6-2022 03:45 PM
Samerosie replied at 22-6-2022 02:44 PM
Sounds like tadika PASti ni.  What do you expect bayar pun rasanya 100 ke 150 je.  Setengah hari tak ...

I pon terfikir sbb yuran murah la ni. Lepas tu ada yg budak2 dia over islamic neraka kan kwn2 yg x bertudung. Rimas la tadika2 skrg paksa2 pakai tudung. Klau i mmg x kan hntar tadika2 yg paksa budak prempuan pakai tudung.
Quote dekmieDandy 22-6-2022 03:45 PM
kalau takde sign letter offer, bawak ke jabatan buruh tak jadi jugak kan

Quote Suchi 22-6-2022 03:48 PM
Takpela yg penting barokah
Sedangkan yg gaji 2000 pun cukup walaupun berbini 3 katanya
Quote pp_gurl 22-6-2022 03:49 PM
knpa nk buat taska kalau takde modal?
sewa umah teres / shoplot di kawasan bandar mmg mahal
so kena la naikkan yuran setanding dgn kos
maybe cikgu2 tu blh berenti keje situ dan mengajar sendiri je mcm private tutor lagi berbaloi
dok umah jaga bdk sambil ngajar sorang caj 300 x 4 dah dpt 1200
Quote nakkomenjugak 22-6-2022 04:43 PM
Okay.
Iol as cikgu tadika
Kerja dekat tadika yang terkenal
Gaji sepatutnya memang dah naik 1.5k
Gaji2 gini masa iol zaman2 baru nak merasa donya kerja
Pergi carik tadika lain laaa acik
In fact, tadika iol nak pakai orang
Mehhh laaa kerja sini

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042639 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top