CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Saman Kawan Baik Hampir RM1 Juta Sebab Bercinta Dengan Isterinya

22-6-2022 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1212| Komen: 2

TAIPEI – Seorang lelaki di Taiwan menyaman sahabat karibnya sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana menjalinkan  hubungan sulit dengan isterinya, lapor portal berita Wolipop.


Lelaki  hanya dikenali sebagai Li itu pada awalnya bersahabat baik dengan rakan sekerjanya, Shi. Mereka merupakan anggota polis di Bandar Baharu Taipei.

Disebabkan hubungan yang akrab, Shi kerap pergi ke rumah Li selepas lelaki itu berkahwin dengan isterinya pada 2018.


Gambar Hiasan, Foto: Google

Akibat sering bertemu, Shi dan isteri Li menjadi semakin rapat dan melakukan hubungan terlarang tanpa pengetahuan Li. Hubungan mereka akhirnya didedahkan oleh isteri Li sendiri kerana enggan terus berahsia.


Selepas mengetahui perkara itu, Li berasa amat marah kerana dikhianiati oleh rakan baiknya.

Selain mahu bercerai dengan isterinya, dia turut mengemukakan tuntutan saman ke atas Shi sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana mengganggu rumah tangganya.

Ketika perbicaraan, Shi mengakui perbuatannya dan meminta maaf selain memohon mahkamah meringankan jumlah saman kerana mengakui sedang menjaga ibu bapanya yang telah uzur.

Pihak mahkamah akhirnya membuat keputusan agar Shi membayar pampasan sebanyak 600,000 yuan (RM393,961) kepada Li atas hujah bahawa dia telah bertindak melampaui batas dengan memusnahkan perkahwinan rakan baiknya itu sehingga menyebabkan kerugian kepada banyak pihak. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 22-6-2022 12:34 PM
ini kalau lelaki buaya tahu.. dia akan fikir dah ada modal untuk cari duit perangkap temannya ...  


Quote nakkomenjugak 22-6-2022 04:45 PM
PS bila lagi nak saman?
[em:22:]

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036191 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top