CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Di Sabah Didakwa Cuai- Dah Overdue Tapi Disuruh Tahan Contraction Akhirnya Bayi Meninggal

22-6-2022 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3412| Komen: 28

Kota Kinabalu: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyiasat dakwaan berlaku kecuaian yang mengakibatkan kematian seorang bayi baru dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), di sini.


Dakwaan itu yang tular di media sosial semalam antara lain menyalahkan kelewatan pihak hospital mengendalikan kes seorang wanita yang mahu bersalin hingga bayi dalam kandungan menjadi lemah sebelum dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan.



Pengarah JKNS, Datuk Dr Rose Nani Mudin, mengesahkan berlaku kematian bayi baru dilahirkan di HWKKS yang dilaporkan pada 19 Jun dan siasatan mengenai punca kejadian itu masih dijalankan.

"Terlebih dahulu pihak JKNS ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi ini.

"Pihak JKNS mengesahkan insiden itu berlaku di HWKKS pada 19 Jun 2022. Siasatan terperinci dan telus sedang dijalankan oleh pihak jabatan ini.

"Adalah dimaklumkan ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan beliau sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dakwaan yang tular di media sosial itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang bersimpati terhadap kejadian menimpa keluarga bayi malang terbabit selain ada yang turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.

Ramai juga netizen yang memberikan maklum balas tidak berpuas hati terhadap tahap perkhidmatan di HWKKS, khususnya yang berkaitan dengan layanan kakitangannya.

Dr Rose Nani berkata, pihak JKNS mengambil perhatian serius terhadap kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan terhadap semua maklum balas yang diterima bagi menambah baik mutu perkhidmatan hospital. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-6-2022 04:07 PM
bodoh punya doktor nurse.
Quote djzara81 22-6-2022 06:40 PM
Sedihnya. Syurga utk baby.
Mohon parents malang tu saman doctor & nurses hospital.
Quote dua_chzy 22-6-2022 07:14 PM
Caprut tak masuk komen ye?
Quote dua_chzy 22-6-2022 07:16 PM
Edited by dua_chzy at 22-6-2022 11:18 AM

Btw dulu ada bercerita dengan seorang makcik ni. Dia punya pengalaman pun sama macam mangsa dalam kes ni (dia ni pula, bersalin di hospital daerah kaka). Tapi sebab dia dah experienced mother masa tu, dia ignore ja cakap doktor dan nurse yang suruh tahan contraction siap ugut jika ada apa2 jadi, dia akan saman hospital. Nah ternyata instinct dia betul kerana baby dah siap tertelan tahi sendiri? Tak berapa ingat dah lebih 5 tahun sheol cerita pasal ni. Mujo la sempat keluar.

Dalam kes ni akak pun tak tau la di mana silapnya. Ada la mana2 tu. Kalau siasat confirm senang ja jumpa jawapan.
Quote Zack8hunter 22-6-2022 07:46 PM
Edited by Zack8hunter at 22-6-2022 08:15 PM

aku n wife hampir2 nk mengalami benda yg sama. first anak lahir oversea. eventhough dah overdue, hospital kt sana tetap akan suruh blk kalau bukaan tak lebih 4cm (mmg procedure depa mcm tu)

aku n wife insist juga nk stay kt hospital sbb wife dah kerap contraction dan dia dah overdue 4 hari. tak lama lps tu aku terperasan ada lendiran hijau (meconium) pd seluar dlm wife aku. rupa2nya baby dlm perut dah terberak dan hampir lemas. terus doktor decide buat emergency czer masa tu gak. aku dpt teman wife kt OT. mmg anak aku time keluar tu dah penuh hijau selaput badan. siap kene sedut semua meconium dr mulut dan hidung.. tak tahu la apa akan jadi kalau kami ikut kata midwife suruh balik tunggu kt rumah
Quote lurve82 22-6-2022 07:50 PM
Zack8hunter replied at 22-6-2022 07:46 PM
aku n wife hampir2 nk mengalami benda yg sama. first anak lahir oversea. eventhough dah overdue, hos ...

Knp la procedure mcm tu..dah overdue pun...apa slhnye wardedkan aje..syukur slmt....
Quote lurve82 22-6-2022 07:52 PM
Takziah pd ahli keluarga..sedih xblh bayg…aku dulu anak no 2 kena tahan bersalin sbb doc xsmpi lg..slmt doc smpi cepat..klu tak aku suh je laki aku sambut…budak dh nk keluar ko dok tahan2 apesal..
Quote vespa_oren 22-6-2022 07:54 PM
dua_chzy replied at 22-6-2022 07:16 PM
Btw dulu ada bercerita dengan seorang makcik ni. Dia punya pengalaman pun sama macam mangsa dalam ke ...

Ank aku pertama lahir kt hsptl  daerah kt malaya, sampai kne bwa hospital  besar sbb doktor tu x berpengalaman, agaknya thu kitaorg  keje apa bru nk layan bagus2
Ank aku no2 lahir kt sabah, hsptl daerah gak, tpi org rmh tunggu 8inci bru gie hospital, tpi memg ada diskriminasi lah dgn org local dari segi layanan
Quote tahanie 22-6-2022 07:59 PM
Allahuakbar
Quote dua_chzy 22-6-2022 09:24 PM
Edited by dua_chzy at 22-6-2022 01:28 PM
vespa_oren replied at 22-6-2022 11:54 AM
Ank aku pertama lahir kt hsptl  daerah kt malaya, sampai kne bwa hospital  besar sbb doktor tu x b ...


Aku pun kena layan macam acik2 kampung ja oleh nurse2 hanat (segelintir kecil, tak semua) bila pi hospital sebab aku memang dressing kampung2 ja. Biasanya doktor ok ja. Kawan aku selalu kutuk nurse2 hospital daerah aku pehtu kasik banding kat sekolah. Sheol bilang 'kita tak layan pun mak pak pelajar macam kita kena layan di hospital no matter dari ceruk pedalaman mana sekalipun yang datang'. Sebab tu juga tiap kali beranak, aku pi KPJ ja. Haha. Tapi kat Hospital Likas ni service better pada aku la. Cuma ye la takda tempat yang perfect.
Quote naina 22-6-2022 09:43 PM
Contraction mana boleh tahan. Siap bagi ubat tahan sakit tu apa? Epidural ke? Epidural tak mengantuk. Sedut gas tu yang buat mamai2 ngntuk. Jadah apa bagi ubat tahan sakit. Baby nak keluar nak suruh tahan2 lagi. Tak cek bukaan ke? Hospital tempat aku beranak kalau boleh nak suruh beranak cepat2. Kena seluk sentiasa dan cek jantung baby setiap jam. Seluk tu bukan sekadar cek gitu2 je..tapi seluk sekali bukakkan jalan..sakit uiiii. Kesian pada mangsa. Semoga ada keadilan nanti..
Quote tumpanglalu74 22-6-2022 10:05 PM
rosedemon replied at 22-6-2022 04:07 PM
bodoh punya doktor nurse.

Bila mase dorang tu pandei?
Quote isseliparjepun 22-6-2022 10:42 PM
vespa_oren replied at 22-6-2022 07:54 PM
Ank aku pertama lahir kt hsptl  daerah kt malaya, sampai kne bwa hospital  besar sbb doktor tu x b ...

Setuju. Pernah alami juga. Tapi situasi berbeza la kot dengan vespa. Masa I tu, yang non bumi, bercakap cong ceng cong ceng. Lepas tu tanya sejarah perubatan nada tinggi. Dengar pengalaman kita pun lebih kurang. Siap boleh perli perli pakar yang I refer sebelum ni di Malaya. Yang bumis pula lebih kurang, buat lawak dia dengan dia in English, dengan patients cakap lebih kurang, kasar. Anehnya kedua dua kaum ini, setelah tau kita sekian sekian kerja, sekian sekian pangkat, elok pula bertutur, boleh pula tanya elok elok.
Quote nurul_akmar 23-6-2022 03:04 AM
Sedihnya..
Quote dua_chzy 23-6-2022 08:19 AM
Masih menunggu MO paling anti cikgu masuk thread.
Quote dua_chzy 23-6-2022 08:20 AM
isseliparjepun replied at 22-6-2022 02:42 PM
Setuju. Pernah alami juga. Tapi situasi berbeza la kot dengan vespa. Masa I tu, yang non bumi, ber ...

Lain kali kekwat aja dengan ummah sebegini sisi. Kadang2 malas sy, makin berbudi bahasa, makin la pula takda adab (segelintir kecil piple yang hidup di muka bumi ni) yang layan kita.
Quote cmf_premierleag 23-6-2022 08:23 AM
Bangsatnya doktor dan nurse kat spital sabah sana
Mohon mangsa saman je and KKM buang je staf bugima mcm ni.stop skali pencen diorg kalo ada yg layak dpt pencen
Lahanat sgt aniaya pesakit
Quote Shazid 23-6-2022 08:41 AM
Allahuakbar!! kesiannya...Takziah kepada mangsa...Semoga Allah tunjukan kebenarannya.
Quote isseliparjepun 23-6-2022 08:49 AM
dua_chzy replied at 23-6-2022 08:20 AM
Lain kali kekwat aja dengan ummah sebegini sisi. Kadang2 malas sy, makin berbudi bahasa, makin la  ...

Ya tu yg sedih tu. Tapi mujurlah pengalaman mendewasakanku. Nda mo la masuk hdok lagi. Patients yang terlalu ramai mungkin punca mereka bersikap sedemikian.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.090383 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top