Satu video yang dikongsi seorang pengguna TikTok berkenaan satu rawatan alternatif bagi merawat pesakit kanser paru-paru mencetuskan 1001 persoalan.
Rata-rata warganet mempersoalkan keberkesanannya. Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki melakukan pemeriksaan menggunakan sebuah alat khas yang mengeluarkan lampu berwarna biru kepada seorang warga emas yang dipercayai menghidap kanser paru-paru.
Semasa rawatan tersebut dilakukan, alat khas berkenaan dipusing berkali-kali pada bahagian dada pesakit tersebut. Ajaibnya, selepas tiga kali rawatan warga emas berkenaan yang sebelum ini terlantar di atas katil berjaya bangun dan duduk pada kerusi seperti biasa. Tak pasti kejadian berlaku di mana, bagaimanapun ia telah menerima pelbagai kecaman. -CARI
|
Adrif replied at 22-6-2022 02:01 PM
mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain
orang yang terdesak, tak kisah berkesan ke tidak, sa ...
ADVERTISEMENT