CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Duit Jual Bra, Seluar Dalam Secondhand- Tak Nak Dibasuh, Ada Pelanggan Yang Nak Bauan Asal Dan Kotor

22-6-2022 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1423| Komen: 1

Pakaian dalam terpakai pun ada yang beli?

Dengar macam tak masuk akal, namun itulah realiti yang berlaku hari ini.


Seorang wanita dikenali sebagai Natasha meraih pendapatan lumayan apabila dia mula menjual pakaian dalam terpakai pada harga sekitar $200 (RM879) bagi satu item.

Menurut Natasha, dia meraih pelanggan tersendiri dan menerima permintaan luar biasa selepas beberapa bulan melancarkan perniagaan berkenaan.


Foto: Fans Utopia

Tambahnya, dia juga akan memastikan setiap item yang dijual kepada pelanggan berada dalam kualiti yang terbaik.


"Tak semua pakaian terpakai itu kotor. Tapi saya perlu buat pemeriksaan bau terlebih dahulu sebelum ia dijual.

"Ada pelanggan tak suka apabila saya cuci pakaian terpakai dengan sabun. Mereka tak nak bau sabun, sebaliknya mahukan bauan asal.

"Ada juga pelanggan yang suka ia berada dalam keadaan kotor," dedahnya.

Bercerita mengenai dirinya, Natasya berkata dia tidak menyesal apabila meninggalkan kerjaya lama dalam bidang pemasaran fesyen demi perniagaan aneh ini.

Malah katanya, pelanggan yang membeli pakaian dalam terpakai jauh lebih sopan berbanding pelangga lamanya dalam bidang fesyen.

"Pelanggan sewaktu kerja lama saya sangat biadab dan tidak sabar. Mereka pandai-pandai nak ajar saya buat kerja. Tapi pelanggan baharu saya sangat baik," ujarnya lagi.

Merancang untuk mengembangkan perniagaan, Natasha berkata dia risau untuk mencari pekerja baharu memandangkan tak semua orang mampu mengikut jejak langkahnya.- CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 22-6-2022 10:49 AM
kat Malaysia tak payah beli..rembat je kay ampaian haha

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.266553 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top