Terkilan dengan tindakan biadab netizen yang tergamak mengkritik Allahyarhamah Adibah Noor yang menghembuskan nafas terakhirnya akibat kanser ovari, pengarah Shahrulezad Mohameddin tampil ‘sekolahkan’ netizen tersebut.
Dalam hantaran di Instagram, penerbit Radius One Production sertakan sekali tangkap layar komen netizen berkenaan yang mengkritik arwah mendedahkan aurat tanpa rasa bersalah dan masih tidak insaf walaupun berada dalam keadaan sakit. “Satu perkara yang paling melucukan orang yang berselindung dengan identiti palsu seperti ini mereka yakin sangat Allah tak kenal mereka sekiranya mereka menggunakan fake account akaun palsu," tulisnya.
Tambahnya lagi yang lebih dikenali sebagai Budak Ijat, dia berharap agar individu berkenaan menerima balasan setimpal atas perbuatannya itu. Rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa kesal dengan komen negatif netizen itu terhadap Allahyarham. Sumber: Murai |
makneng: Ayah arwah masa muda2 mesti handsome kan? …tiberr
makneng replied at 22-6-2022 09:35 AM
Ayah arwah masa muda2 mesti handsome kan? …tiberr
ADVERTISEMENT