CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Tak Bertimbang Rasa Suruh Wanita Diam Ketika Meneran Masa Bersalin

21-6-2022 09:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1920| Komen: 14

Seorang wanita berasa dipersendakan doktor apabila diminta untuk diam ketika bersalin.

Yasmyn Switzer, 20, ternyata terkejut dengan permintaan doktor sedangkan dia sedang menahan sakit akibat kontraksi.


Pengalaman itu dikongsi ibu kepada tiga cahaya mata ini menerusi laman TikTok yang beranggapan doktor terbabit tidak bertimbang rasa.


Foto: New York Post/TikTok

Beliau berkata, ketika melahirkan anak ketiganya, dia agak 'bising' kerana menahan kesakitan.

Namun, dia diminta doktor bertugas untuk memperlahankan suaranya.


"Saya seorang suka yang tenang ketika berada di dalam dewan bersalin dan tidak sesekali meninggikan suara atau berkonfrontasi dengan doktor.

"Doktor datang sebaik air ketuban pecah, dan saya tidak menjerit ketika meneran sebaliknya hanya mengerang.

"Namun, doktor meminta saya untuk diam," katanya.



Beliau berkata, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan doktor itu yang memantaunya kesihatannya sejak awal kandungan.

Dia akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan namun kemarahannya tetap 'membara' sehingga kini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 21-6-2022 10:12 PM
Shaddapyu!

[youtube]KRzMtlZjXpU[/youtube]
Quote AcikBuncit 22-6-2022 08:07 AM
Selalunya doc mmg akan marah or bebel kuat kat pmpuan2 yg jerit soprano masa nk beranak ni.. Bkn sbb dia nk bilik tu senyap mcm library, bkn sbb dia xtahan dgr suara xsdp ko diknon, tp utk kebaikan ko jgk.. Spy xbazir tenaga. T nk teran bdn dh lembik.. Xpasal2 kne operate lak.. Tp kalo stakat mengerang sikit2 pn doc sound elok la ko kemutkan je kepala doc tu kat laluan rahim ko..
Quote zuriey 22-6-2022 02:03 PM
Ko blm dtg wad bersalin hosp gomen malaysia..lagi mcm2 ayat menyakitkan hati
Quote ifanonline 22-6-2022 02:05 PM
jgn menjerit, tapi mengerang secara sederhana
Quote ladybugz 22-6-2022 02:26 PM
im really sorry to all mothers yg tgh pregnant n in labour i rasa mmg layanan sgt teruk sometimes. rasa mcm dilayan seperti livestock or worse.
Quote Suchi 22-6-2022 02:41 PM
Edited by Suchi at 22-6-2022 06:56 PM

Beranak mmg tak perlu bunyi pun. Wat abis tenaga je bila menjerit2.
Jujurnya iols sendiri bila kt labour room tak suka dengar jiran2 sebelah memekak rasa terganggu sgt buat kita jadi lagi takut plak.
Lenkali bila pregnant pi kelas belajar cara pernafasan yg betul bila sakit nak beranak. youtube pun ada ajar.
Bila tahu cara bernafas dan meneran ngan betul takdela korang terpekik terlolong mcm dlm tv tu.
Iols penah dengar doktor dan misi marah teruk kat ibu yg terjerit mcm histeria masa nak beranak.
Mmg agak melampau si ibu tu pun menjerit mcm org histeria.
Lepas doktor tengking dia barulah kurang dia menjerit2.

Quote tikusmontok 22-6-2022 02:50 PM
Kat msia teriak2 Amma! Appa! Yennadey! aman2 jer beranak sis
Quote darkness 22-6-2022 02:53 PM
Sy bersalinkan anak sulung dulu..ada satu bangsa tu mmg melalak dan melolong time sakit. Huhu...menyeramkan bila kita di bilik lain, tp masih dgr suara melolong dan menjerit dia
Quote Samerosie 22-6-2022 02:57 PM
Mungkin dia ingat dia mengerang je tapi in reality dia terjerit2 juga. Manalah tau kan separa sedar...
Quote R2D2 22-6-2022 03:11 PM
org lain bersalin mudah je
tak sempat meneran lama
tetiba dh keluar
semudah ABC
Quote anony-mous 22-6-2022 06:30 PM
Dekat malaysia kena marah tengking terus tlg nya tidak. Doctor n nurse dkt hospital malaysia ni mgkin kutip duit jah. Pahala tarak. Muka mcm taik.
Quote anony-mous 22-6-2022 06:32 PM
Suchi replied at 22-6-2022 02:41 PM
Beranak mmg tak perlu bunyi pun. Wat abis tenaga je bila menjerit2.
Jujurnya iols sendiri bila kt la ...

Perlu ke tengking? Kalau nurse n doc ajar dlm LR tu xboleh ke? Xpaham aku. Mudah betul keje. Ada org dia dah ready, dah baca semua teknik, tp utk pertama kali jd mak, ada certain situation x diduga. Contraction level org lain2, mmg ada yg xtahan smpai menjerit. Patut nya nurse n doc tu guide. Bkn pegi tengking balik
Quote Suchi 22-6-2022 06:54 PM
anony-mous replied at 22-6-2022 06:32 PM
Perlu ke tengking? Kalau nurse n doc ajar dlm LR tu xboleh ke? Xpaham aku. Mudah betul keje. Ada o ...

sepital gomen uols.. keje menimbun patient ramai mana ada kesabaran dah.
Bulan puasa plak time tu seminggu lg nk raya plak iols mula terkejut ngn org menjerit nak beranak tu pastu terkejut dgn suara marah2 plak.
Yg iols ingat antara ayat dia “ bulan puasa ni sabarlah sikit, janganlah menjerit2!”
Pastu esoknya plak misi yg shift pagi pun ada sorang ni garang giler, dia cuci n tukarkan pad org. Bygkan dari satu katil ke katil tu dia duk marah2 org.
Iols sampai ketakutan huhu nk tunggu dia sampai katil iols.
Dahla iols takleh bergerak hanya dibenarkan baring je 24jam.
Tp dia sorang je la yg garang tu misi shift petang mek kelate comel baik2 je. Lembut je wat keje tak terasa sakit bila dorang cuci.

Quote anony-mous 23-6-2022 01:22 AM
Suchi replied at 22-6-2022 06:54 PM
sepital gomen uols.. keje menimbun patient ramai mana ada kesabaran dah.
Bulan puasa plak time tu  ...

I kena tu malam uols. X ada puasa2 pon. Nk kata keje menimbun, i tgk x ada la menimbun. Keje i lg penat or sama penat. Sng ckp, semua keje pon penat. Klau dkt restoren, waiter penat, ambil order marah2, kita suka x? Sbb alasan dia penat. Dah la penat, gaji ciput.

Nurse doctor gaji elaun kira sedap jugak. Xkan tiap2 thn bg alasan sbb hospital gomen byr murah? Kalau gaji diaorang ikut sama murah, make sense jugak. Tetiap thn isu yg sama, tp kkm x buat apa2. I rela fees naik sikit. Rm1 tu zaman bila punya? Dah boleh kot naik rm2@3. Masih murah walaupon utk org kurang mampu. Kenaikan tu dpt la tampung gomen hire ramai sikit staff, yg mana x berminat, jenis mengeluh2 handle patient, buang je lah.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.145678 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top