CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sejak Azali Mulut Didie Alias Memang Puaka, Dengan Menantu Pun Laser Tapi...

21-6-2022 09:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2741| Komen: 8

Pelakon dan pengacara Didie Alias tidak menafikan segelintir pihak beranggapan dan menyifatkan dirinya sebagai artis ‘bermulut laser’ gara-gara kelantangannya bersuara.


Akui Didie, situasi berkenaan sememangnya sinonim dengan dirinya sejak dahulu lagi sehingga kini.

Menerusi temu bual bersama program Wanita Hari Ini bagi membincangkan topik ‘Mak Mentuaku Laser’ baru-baru ini, Didie mendedahkan ada ketika dia pernah bersikap sedemikian.


Foto: IG Didie

Namun jelasnya, situasi berkenaan bertempat dan tidak menafikan sebagai ibu mentua dia sentiasa bersikap tegas.


“Macam saya sendiri, kalau nak ikutkan fasal mulut ‘laser’ ni memang sudah dari azali orang tahu mulut Didie Alias ni memang puaka.

“Tapi ‘laser’ nya kenalah bertempat dan saya seorang yang jenis berterus-terang. Kalau saya kata tak boleh, maknanya tak boleh. Boleh kata saya ni bersikap tegas dengan menantu saya,” katanya.

Pada masa sama, Didie berkata dalam hubungan antara mentua dan menantu, perlu ada sifat tolak ansur dan sentiasa berfikiran positif.

“Sebenarnya, hal ini sememangnya pernah berlaku dalam hidup saya dan sudah terjadi pada perkahwinan pertama saya sebelum ini.

“Masa tu saya sedang bercuti lama dalam industri, saya duduk bersama dengan bekas ibu mentua saya.

“Bagi saya, ibu mentua saya bukan seorang yang ‘laser’ sebab bila dia bercakap sangat lembut.

“Tapi kadang-kadang tu ada benda negatif datang kepada kita dan saya biarkan sahaja sebab pada saya ini adalah pilihan yang saya buat.

“Kalau saya bertindak secara meronta-ronta pada ketika itu, mungkin kita akan bergaduh dengan ibu mentua dan suami kita.

“Oleh itu, nasihat saya buat ibu mentua mahupun menantu kalau boleh sentiasa lah berfikiran positif dan fikir yang baik-baik sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.


Foto: IG Didie

Untuk rekod, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991, namun berpisah pada tahun 2000.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.



Selepas itu, Didie mendirikan rumah tangga kedua bersama Norisham Ismail pula dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan, 6 tahun.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 22-6-2022 07:50 AM
Aku tak suka dengar ayat "Mulut jahat tapi hati baik". Apa yang dicakap oleh mulut tu kan datang dari hati?
Quote makneng 22-6-2022 07:54 AM
zarulnazmi replied at 22-6-2022 07:50 AM
Aku tak suka dengar ayat "Mulut jahat tapi hati baik". Apa yang dicakap oleh mulut tu kan datang dar ...

Mak setuju dgn uolls.. pada mak kata2 mmg x relevan n merepek
Quote annadonna 22-6-2022 08:28 AM
zarulnazmi replied at 22-6-2022 07:50 AM
Aku tak suka dengar ayat "Mulut jahat tapi hati baik". Apa yang dicakap oleh mulut tu kan datang dar ...

Susah nak cakap pasal hati. Kita tak tau apa dlm hati org. Ada org mulut baik aje sweet talk aje depan kita tapi hatinya jahat juga. Di belakang tikam and umpat kita juga. Itu lebih scary drpd org yg terang2 kita tau mulutnya puaka.
Quote annadonna 22-6-2022 08:32 AM
Tak pyh pergi jauh la. Forumer dalam ni pun kalau jumpa depan2 semua mesti baik baik aje kan. Tapi balik rumah masing2 ngadap pc login forum cari nahhhhhhhh... Jari masing masing mcm kimak kimak semua so teori mulut puaka hati baik tu masih valid
Quote hanihan16 22-6-2022 09:19 AM
zarulnazmi replied at 22-6-2022 07:50 AM
Aku tak suka dengar ayat "Mulut jahat tapi hati baik". Apa yang dicakap oleh mulut tu kan datang dar ...

i setuju. takde org yg berhati baik nak bercakap kasar2 laser orang lain. lagi2 mother in law melaser menantu sendiri dan berselindung di sebalik kata2 takpe, asalkan hatiku baik. ceh
Quote umbut 22-6-2022 11:09 AM
Dapat mak mentua cam didie ni meriah.. I like
Quote Adrif 22-6-2022 02:46 PM
zarulnazmi replied at 22-6-2022 07:50 AM
Aku tak suka dengar ayat "Mulut jahat tapi hati baik". Apa yang dicakap oleh mulut tu kan datang dar ...

setuju
aku pun tak caya konsep mulut jahat hati baik ni. mengarut
Quote msdummy.2018 22-6-2022 03:55 PM
annadonna replied at 22-6-2022 08:32 AM
Tak pyh pergi jauh la. Forumer dalam ni pun kalau jumpa depan2 semua mesti baik baik aje kan. Tapi b ...

Btul xhuolssss...fesbuk insta sma sama jerrrr...tuh sma dunia tipu2...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.084515 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top