CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Perlukah Orang Yang Dah Tak Ada Kena-Mengena Dengan Azri Ganggu Hidup Dia?" - Azra Diera Tak Gentar Dituduh 'Scammer'

22-6-2022 10:01 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15583| Komen: 152|Original author: Tatod


Komposer, penulis skrip dan novelis yang dikenali sebagai Azra Diera Abdul Hamid, 42, memberikan kenyataan kepada Getaran menyangkal tanggapan umum yang mengatakan dia adalah seorang 'scammer'.

Dakwaan berkenaan mulai timbul apabila maklumat terperinci mengenai diri serta wajahnya gagal dicari menerusi platform digital. Dalam kalangan orang produksi sekali pun tidak ada yang mengenali Azra dan berpendapat ia hanyalah sekadar nama samaran.

Kesukaran untuk mencari tahu gerangan wanita di sebalik pemilik nama itu menyebabkan netizen mengesyaki 'cinta' Azra pada aktor, Azri Iskandar juga hanyalah penipuan semata-mata.



"Mereka nak anggap apa pun, terpulanglah. Saya tak perlu nak muncul diri pun atas desakan atau paksaan orang lain. Saya bukan buat jenayah pun. Azri dah jumpa saya. Azri tau sejauh mana saya sayangkan dia. Saya tak perlukan orang lain untuk menilai hubungan kami.

"Perlukah orang yang dah tak ada kena-mengena dengan Azri ganggu hidup dia? Privacy dia? Kehidupan peribadi dia? Dia nak bercinta dengan siapa pun tak ada kena-mengena dengan individu tersebut lagi. Kenapa perlu nak tunjuk rasa insecure? Masih ada hati nak bersama lagikah?" katanya kepada Getaran.

Jelas Azra lagi, andai dia seorang penipu, dia tidak akan menipu Azri yang kini sedang berdepan dengan masalah dan dia adalah individu yang membantu pelakon lelaki itu untuk melalui dugaan yang menimpa Azri.

"Azri tengah susah sekarang. Yang tolong dia pun saya. Scammer takkan cari orang yang ada masalah. Tanyalah Azri. Dia rasa macam mana bila jumpa saya. Setenang apa dia bila saya ada. Saya tak pernah minta apa-apa pun daripada dia.


"Saya cuma nak dia rasa happy dengan saya. Hidup tak lama. Kita tak tahu bila harinya kita akan dijemput 'pulang'. Selagi ada hayat, berbahagialah dengan orang yang menghargai kita," katanya.

Wanita itu turut mengakui bahawa boleh pergi meninggalkan Azri andai dia mahu. Bagaimanapun, rasa sayang pada lelaki itu menyebabkan dia tidak sanggup melukakan hati Azri yang kini kelihatan lebih bersemangat.

Kata Azra, dia gembira melihat perubahan Azri yang sebelum ini dikenalinya sebagai seorang lelaki yang penuh dengan rasa tertekan dan bermasalah. 

"Dia ada impian hidup yang dia tak pernah capai sebelum ini. Sama-sama kita doakan dia. Tengok dia berjaya. Dia dalam proses membentuk dan memperbaiki diri ke arah lebih baik. Boleh lihat kegembiraan dan keceriaan dia sekarang.

"Jumpalah dia kalau rasa apa yang saya cakap ni tak betul. Tengok sendiri dia yang sekarang ini. Kalau ini dikatakan jenayah, semua yang bercinta dan ada impian yang sama adalah penjenayah di muka bumi ini.


"Seperti yang pernah saya katakan, saya tak merapmas dia daripada sesiapa. Tidak daripada anak-anak dia atau mana-mana wanita lain. Bukan saya cari dia. Dia yang memunculkan diri dalam hidup saya. Ini qada dan qadar," katanya lagi.

Memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) daripada salah sebuah universiti di Seattle, Amerika Syarikat, kata Azra, dia tidak perlu membuktikan kepada sesiapa mengenai kesahihan latar belakang akademiknya itu.

Perkara itu adalah hal peribadinya dan tidak ada sesiapa pun yang boleh memaksanya untuk mendedahkan perkara yang dianggap sulit dan peribadi. 

"Takkan saya nak bercinta dengan Azri Iskandar sampai nak kena tunjuk habis semua ijazah saya," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuMNdia 22-6-2022 10:04 AM
baru lagi kan.. segalanyer wangi
Quote pembacagosip 22-6-2022 10:05 AM
tula dah la cik ellie move on jangan cakap n komen apa2 pasal ex. jadi la classy sikit. biar buat haluan masing2
Quote makneng 22-6-2022 10:07 AM
pembacagosip replied at 22-6-2022 10:05 AM
tula dah la cik ellie move on jangan cakap n komen apa2 pasal ex. jadi la classy sikit. biar buat ha ...

Setuju.        
Quote nurshima 22-6-2022 10:09 AM
Ambik kau.  Kalau benar dia seorang wanita, dia mmg seorang wanita yg berkeyakinan tinggi, tak peduli apa org cakap.

Tp sungguh ke,  masih kurang meyakinkan
Quote myakayina 22-6-2022 10:11 AM
so mmg betul2 wujud la ni?
Quote jiwakacau06 22-6-2022 10:13 AM
xnk tunjuk bukti xpyh dk bercerita...baby ko jgk dk bercerita...
knpa xberani tunjuk muka...ijazah xnk tnjuk xda mslah...
Quote Burong_Hantuk 22-6-2022 10:15 AM
kasi aku free si azri nih pun aku x nak...jijikssss
Quote MatDeghem 22-6-2022 10:16 AM
dia bukan scammer tapi catpish..

Tak sabar nak lihat ending drama ini. Betul kah Dr Azra ujud. Sekadar bercakap interview melalui talipon je...

Wait and see malaysian....bakalan

Quote deebiz14 22-6-2022 10:17 AM
Wahhhhh... tudia kemahen dia memback-up citer.

Cakap senang cik Ajra oiii. Wak tu maseh lagi bapak pade anak2 ngan orang tu. Berpade2 la nak cakap takde kene mengena langsung kalau ye pun.

Nyway, good luck ngutip Wak yer. Smoga berbahagia.

So cik Elly, skarang go and look straight, you can fully move on now.

Bior je la dia ngan beby dia tu. Toksah riso.

Quote KBW2 22-6-2022 10:21 AM
Ya, dia bukan scammer, tapi catfish. Tujuan dia bukan nak scam duit orang tapi saja bagi harapan päls pada orang dan dia jugal sejenis loser yang malu dengan identiti sundri terpaksa pakai identity jadi-jadian yang serba gempak untuk mengelabui mata orang. So catfish dengan mangsa ni samalah, dua-dua ni jenis kuat berkhayal, sampai masa diketuk realiti azri tenung dinding, azra carik orang lain plop.
Quote uori 22-6-2022 10:28 AM
nak clearkan tuduhan kena tunjuk bukti, kalau tak tunjuk bukti, hadaplah kalau orang mengata
Quote MatDeghem 22-6-2022 10:30 AM
Bergosip replied at 22-6-2022 10:20 AM
iols search fb Azra ni. Ada 2 mutual friends. Dan mutual friends iols tu pelakon teater. Kalau Azr ...

bg mat rasa... dia orang teater. pekerja balik tabir aje. PHD , keje dengan Pearl Jam semua autah.


Quote naina 22-6-2022 10:32 AM
Ellie tu cakap camtu sebab wartawan carik dia. Masa kat melodi tu dia cakap secara matang dan tenang. Anak2 dia dan anak tiri risau terhadap Azri. Kalau nak kawin pun kenapa tak kenalkan dekat anak2 sekali. Lepastu anak2 dia risau keadaan mak dia yang dalam eddah..anak2 dia yang cube cari2 siapa Azra ni. Google2 semua tak jumpa. Bukan Ellie hadap pun kat mamat ni.
Quote missHaidiD 22-6-2022 10:40 AM
Kemahin yek membela bewak

Kalau tak sentap takde menggelupur nk jawab.

Ke da ghisau takut tembelang pecah
Quote makcun14 22-6-2022 10:43 AM
Masih menantikan foto wanita hebat innieh.
Sangat menjaga privacy dan begitu eksklusif .
Macam mana la wajah dia yach?
Quote gx5448 22-6-2022 10:43 AM
PhD from seattle us tu..humble orgnyer..caption pon full malay jer selalu..iye..

Aku tgk dia byk sindir adik ellie kat statement dia..konon dia la baik bantu zeri..alah geli aku kalo penulis novel skrip segala ni..cintan cintun serupa novel tak masuk akal too good to be true..
Quote prince_marhaen 22-6-2022 10:45 AM
"Dia ada impian hidup yang dia tak pernah capai sebelum ini. Sama-sama kita doakan dia. Tengok dia berjaya. Dia dalam proses membentuk dan memperbaiki diri ke arah lebih baik. Boleh lihat kegembiraan dan keceriaan dia sekarang"... alaaaaa butoooo... macam anak remaja lepasan SPM... 19 tahun kawin tak fikir pasal impian ke? busy sangat ke? nampak macam acik elly yang berkerja tungkos lumos sampai serabai masham...alahaiiii....
Quote ezacbee 22-6-2022 10:45 AM
Elok lah 2-2 dijodohkan cam sekufu je.

Quote babelina 22-6-2022 10:46 AM
klau x Acik Ellie bckp.. ko pn senyap jer kn.. ker ko ala2 nk dihari korg kawin..taraaaaa tu dia bini pak jeri..mcmtu.. pls la.. bkn pak jeri tu bbnu.. selagi x tnjuk muka.. ko tetap x di akui oleh netizen Malaysia.. hahaha..

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.042398 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top