Rakyat Malaysia yang sudah dan sedang dalam perjalanan menunaikan haji di Mekah diingatkan supaya menumpukan sepenuhnya untuk beramal ibadat.
Ini kerana, peluang untuk ke tanah suci bukan mudah, melainkan mereka terpaksa menunggu giliran puluhan tahun dan kosnya pula agak tinggi. Oleh itu, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad, sekiranya mereka sudah diberi peluang menunaikan haji, seeloknya habiskan masa 40 hari itu dengan menambahkan pahala ibadat.
“Sepatutnya apabila kita sampai dan sudah berada di depan Kaabah, beri tumpuan sepenuhnya kepada ibadat kerana Kaabah adalah tempat mustajab untuk kita berdoa kepada Allah. “Maka, ini sepatutnya kita lakukan, bukan menghabiskan masa atau mengambil kesempatan melakukan perkara lain yang boleh mengganggu ibadat kita atau orang lain,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan seorang wanita yang juga pendakwah bebas tempatan dikatakan sempat mempromosi produk pil suplemen minda di Masjidil Haram, Tanah Suci Mekah. Tindakan itu membuatkan seorang penulis dan penceramah, Syihabudin Ahmad Md. Yatim berasa terpanggil untuk memberikan pendapatnya, apatah lagi ustazah berkenaan didakwa ‘menjual’ produknya di hadapan Kaabah. Menerusi video dimuat naik di laman YouTube, Syihabudin mengakui dia tidak mengenali gerangan ustazah tersebut atau mengetahui latar belakangnya sehingga mampu menghasilkan pil minda untuk kanak-kanak. -CARI Sumber: Malaysia Gazette
|
makneng replied at 21-6-2022 06:48 PM
Sape??? Sape??? Gittew mak kepoh [em:22:]
Nnoor2 replied at 21-6-2022 07:00 PM
mojarean_X replied at 21-6-2022 07:01 PM
Sape ustzah ni?
makneng replied at 21-6-2022 07:02 PM
Mekasih kak Noor
Nnoor2 replied at 21-6-2022 07:04 PM
Sama2...kak pun x tengok lagi...copy paste jer...rasa x lalu nk tengok org bertudung labuh ju ...
esbok replied at 21-6-2022 07:42 PM
Hampir 20+ tahun lalu, mutawif umrah daku cakap, nabi kata tanda akhir zaman, orang ke mekah atas ur ...
ADVERTISEMENT