KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, anggaran RM250,000 yang didakwa hilang daripada peti besi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah hasil simpanan keluarga bertujuan membiayai kos ubah suai rumah.
Bagaimanapun, transkrip laporan forensik mengandungi rakaman perbualan beliau dengan beberapa ahli kumpulan dalam aplikasi WhatsApp mendedahkan, wang itu merupakan sumbangan daripada dana parti politik (discretionary fund) yang pernah dipohonnya. Laporan forensik itu malah mengandungi perbualan Syed Saddiq dengan ahli-ahli kumpulan mengenai alasan yang akan dimaklumkan kepada pihak media untuk menutup mulut masyarakat berhubung kehilangan wang daripada peti besi di rumahnya. Laporan forensik itu diperolehi selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas telefon bimbit milik Rafiq Hakim Razali yang ketika itu Penolong Bendahari Armada untuk dianalisa. Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai penyiasat SPRM, Muhamad Taufik Awaludin ketika memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama terhadap Syed Saddiq yang menghadapi tuduhan pecah amanah RM1 juta dan penyalahgunaan wang RM120,000. Saksi pendakwaan pertama itu berkata, pihak SPRM mula menjalankan siasatan pada 31 Mac 2020 berhubung kehilangan wang daripada rumah Syed Saddiq hasil laporan polis yang dibuatnya bersama-sama ibu bapa. Ujar Muhamad Taufik, 30, dalam laporannya, Syed Saddiq menyatakan, peti besi itu yang menggunakan kombinasi nombor keselamatan dibuka kali terakhir di antara 13 dan 14 Mac 2020. Menurut laporan itu, tiada kesan umpilan pada peti besi manakala biliknya berada dalam keadaan kemas selain hanya individu tertentu yang mengetahui di mana wang tersebut disimpan. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok. Syed Saddiq sedang dibicarakan terhadap pertuduhan pindaan bersubahat dengan Rafiq melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta sebuah parti politik dengan menyalahgunakan dana tersebut. Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020. -CARI Sumber: Kosmo
|
Normabaru replied at 21-6-2022 06:49 PM
ape nasib perampok duit 250k tu?pelik sungguh polis buat keje ke x sebenarnya...
nway ss ni dh tahu ...
bakingsoda replied at 21-6-2022 09:14 PM
gf sodok/pelacur tu yg rembat duit 250k kan? tapi sodok tak berani nak petik, kan betina tu leak s ...
Normabaru replied at 21-6-2022 07:18 PM
gf sodok siapa bakingsoda?cmne tau pelacur
kaka ingt dia ni gayah.xpon bi hahaha
bakingsoda replied at 21-6-2022 10:09 PM
tatau la status sebenar gf atau sekadar langganan hujung minggu. google jah nama YB ittew dgn keyw ...
dua_chzy replied at 21-6-2022 09:25 PM
Muda2 dah kena karakter assassination. Takziah.
sharlenetexas replied at 21-6-2022 09:31 PM
Rahim thamby jatuh sbb budak bawah umur.
kakikuDibibirmu replied at 21-6-2022 09:29 PM
Hensemnya Syed Suck Dick nehhhhhh...
Muah cikeddd
ADVERTISEMENT