CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Lelaki Elon Musk Nak Jadi Mak Nyah Dan Tukar Nama Keluarga

21-6-2022 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4323| Komen: 31

SANTA MONICA, CALIFORNIA – Anak lelaki kepada manusia paling kaya di dunia, Elon Musk memfailkan tuntutan mahkamah bagi mengubah status jantinanya daripada lelaki kepada wanita serta menukar nama keluarganya, lapor portal berita MailOnline.


Xavier Musk, 18, memfailkan tuntutan tersebut di mahkamah Santa Monica, California pada 18 April lalu. 

Dia mahu dikenali sebagai Vivian Jenna Wilson iaitu menggunakan nama keluarga sebelah ibunya bagi menggantikan nama keluarga Musk.


Musk bersama isteri keduanya, Talulah Riley, dan anak kembarnya, Xavier dan Griffin ketika mereka masih kanak-kanak. Foto: Alan Davidson

“Saya tidak lagi menetap bersama atau mahu dikaitkan dengan bapa kandung saya dalam apa juga cara, bentuk ataupun  keadaan,” katanya.

Lelaki trangender itu turut menjelaskan bahawa dia menggunakan nama keluarga ibunya bagi menjauhkan diri daripada Musk.

Xavier bagaimanapun tidak memberi sebarang komen mengenai sekiranya dia ada menerima bantuan kewangan daripada bapanya yang mempunyai nilai kekayaan mencecah AS$213 bilion (RM936.8 bilion). 

Musk pernah berkahwin dengan ibu Xavier, Justine Wilson yang merupakan seorang penulis dari Kanada dari tahun 2000 hingga 2008.

Wanita itu melahirkan seorang anak, Nevada pada 2002 sebelum bayi berkenaan meninggal dunia. Dia kemudian melahirkan anak kembar lelaki, Xavier dan Griffin serta kembar tiga, Damian, Kai dan Saxon yang kini berusia 16 tahun.

Perbicaraan mahkamah bagi kes tersebut dijadual berlangsung Jumaat ini.

Musk telah menerima kecaman sejak beberapa bulan lalu  disebabkan beberapa komennya  yang didakwa berbaur transfobia atau bersikap negatif terhadap golongan transgender. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 21-6-2022 05:31 PM
Kembar Xavier tu kekal jadi lelaki ke?
Quote sharlenetexas 21-6-2022 05:32 PM
Apaknya takmo tukar jantina gak ke?
Jadi two soul ke.


Quote sharlenetexas 21-6-2022 05:33 PM
Jangan potong dik.


Quote salimrock 21-6-2022 05:34 PM
apa kata musks masuk islam, pastu cakap kt anak ko, kalo ko nak jadi pompuan, harta dpt sikit, anak lelaki harta dpt byk ha....

ko nak jadi jantan ke betina?

aku tak boleh ikut adat pepatih sebab aku american, bukan buapak lundang puak  n9...
Quote Artemesiaa 21-6-2022 05:38 PM
Salah satu wabak penyakit dah lama berjaya menjangkiti ramai orang jadi tak hairan kalau anaknya pun boleh terkena jangkitan
Quote che-cikL 21-6-2022 05:44 PM
Wah, maknya beranak pertama keluar seorang, beranak kedua keluar dua orang, beranak ketiga keluar tiga orang.
Quote syamzana 21-6-2022 06:03 PM
che-cikL replied at 21-6-2022 05:44 PM
Wah, maknya beranak pertama keluar seorang, beranak kedua keluar dua orang, beranak ketiga keluar ti ...

aah la
btw, mana pic yg latest? cantik ke kejadiannya?
Quote ellejo 21-6-2022 06:05 PM
bab duit takmo komen yach
Quote helicornia 21-6-2022 06:24 PM
Merasa la Elon anak pompuan sorang wpun trans.anak lain sume laki
Quote ellejo 21-6-2022 06:26 PM
helicornia replied at 21-6-2022 10:24 AM
Merasa la Elon anak pompuan sorang wpun trans.anak lain sume laki

bukan anak baru dia dgn grimes tu pempuan? yg lhir tahun lepas nama apa entah Dark kot
Quote batmana 21-6-2022 06:26 PM
bongok sungguh..
kata taknak ada kaitan.. tapi
DNA masih ada kaitan dgn bapak dia,

pi operate pindah roh ke jasad lain ajala..

klu xde para saintis buat eksperimen tu..cube try sendiri
Quote batmana 21-6-2022 06:27 PM
che-cikL replied at 21-6-2022 05:44 PM
Wah, maknya beranak pertama keluar seorang, beranak kedua keluar dua orang, beranak ketiga keluar ti ...

maknya gune IVF, tu yg senang dpt kembar2 gtu
Quote helicornia 21-6-2022 06:28 PM
ellejo replied at 21-6-2022 06:26 PM
bukan anak baru dia dgn grimes tu pempuan? yg lhir tahun lepas nama apa entah Dark kot

Tu pakai tumpangan kan?.anak dia dgn wife/gf sume laki
Quote che-cikL 21-6-2022 06:36 PM
batmana replied at 21-6-2022 06:27 PM
maknya gune IVF, tu yg senang dpt kembar2 gtu

Ooo...kisahnya... Tqtq
Quote ellejo 21-6-2022 06:41 PM
helicornia replied at 21-6-2022 10:28 AM
Tu pakai tumpangan kan?.anak dia dgn wife/gf sume laki

haah. surrogate tapi benihnya grimes dgn musk. kata orang anak amber heard tu pun ura2 musk punya benih tapi gosip2 sajork.
Quote kakikuDibibirmu 21-6-2022 08:17 PM
che-cikL replied at 21-6-2022 05:44 PM
Wah, maknya beranak pertama keluar seorang, beranak kedua keluar dua orang, beranak ketiga keluar ti ...

Beranak keempat, keluar empat orang  
Quote naina 21-6-2022 08:25 PM
kekayaan berjumlah RM936.8 bilion!
Fuhh kaya sangattt
Ingat bill gate paling kaya dah
Quote che-cikL 21-6-2022 08:30 PM
kakikuDibibirmu replied at 21-6-2022 08:17 PM
Beranak keempat, keluar empat orang  {:mlhehe ...

Hahaha ramainya emoji uols mmg nak tulis gitu tadi, tapi x sampai hati sbb diorang dah cerai huhuhu
Quote kucingitam 22-6-2022 12:32 PM
tak bersyukurnya kau dik...dapat jadi anak billionaire, kami kat msia tgh pening harga brg naik, gaji tak cukup, kau senang2 nak jauh diri dari bapak jutawan..eh bilionwan..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.270890 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top