CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 4 Tahun Positif Dadah Terpaksa Ditidurkan

21-6-2022 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5270| Komen: 58

Kota Bharu: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal akibat terdapat kandungan dadah dalam badan terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya yang sangat lemah.


Ibunya yang berusia 36 tahun berkata, setakat ini, keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu tiada tanda positif dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Katanya, dia sempat meluangkan masa setengah jam malam tadi sambil menggosok tubuh anaknya.


Foto: Harian Metro

"Doktor memaklumkan anak saya perlu ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah kesan daripada dadah itu.


"Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh.

"Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain, itu sahaja yang saya harapkan," katanya dihubungi hari ini.

Wanita itu berkata, anaknya adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah pertuturan (lambat) dan baru boleh berjalan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal selepas pemeriksaan mendapati terdapat kandungan Methamphetamine dalam badannya.

Susulan itu, seorang buruh yang juga bapa saudara kanak-kanak itu yang berusia 30 tahun ditahan malam kelmarin, untuk membantu siasatan.

Suspek yang memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah direman sehingga 26 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 21-6-2022 01:49 PM
Allahuakbar.
Why la ade org dewasa bodoh cmnie
Quote ayukpingu 21-6-2022 02:05 PM
si mak nya pon...dah tahu orang tu mmg penagih, tergamak ka tinggalkan anak dgn si penagih tu?
Quote dua_chzy 21-6-2022 02:06 PM
ayukpingu replied at 21-6-2022 06:05 AM
si mak nya pon...dah tahu orang tu mmg penagih, tergamak ka tinggalkan anak dgn si penagih tu?

Terlalu husnuzon. Sebab ni juga la kes incest banyak berlaku di serambi suci.
Quote alieyrina 21-6-2022 02:15 PM
Kenapa budak tu ditinggalkan at 1st place ?
Kalau budak ni mati pacik dia aman2la duk kat penjara ? Ka duk kat umah menagih mcm biasa ?
Quote mizruncing 21-6-2022 02:19 PM
knp mak dia bg pacik dia jaga?? pacik dia kan yg bg dadah tu. Allahu dah la oku budak tu. kesiannyaaaa
Quote ifanonline 21-6-2022 02:20 PM
ramai benor penagih di kalangan bangsa melayu ni...
Quote Suchi 21-6-2022 02:22 PM
Edited by Suchi at 21-6-2022 02:42 PM

Siannya dahla budak tu agak lambat perkembangan dia, dah 4 tahun dia baru boleh berjalan. Tp kat sinar harian tulis sindrom down. sama ada pok sedara pupu dia tu mmg sengaja bg dia syabu tu atau dia secara tak sengaja termasukkan dlm mulut menda alah tu.


Quote ifanonline 21-6-2022 02:22 PM
Quote ifanonline 21-6-2022 02:23 PM
Quote adeqbun 21-6-2022 02:23 PM
Boleh x mak die pon kene charge jugak sbb pengabaian anak dan letakkan risiko nyawa anaknya d tgn org yg slh...ai lg happy kalau anak malang ni xdpt diselamatkan drpd sie hidup tp cacat dan menderita sbb kesan sampingan dadah tu
Quote ifanonline 21-6-2022 02:24 PM
Quote Skuau 21-6-2022 02:25 PM
covid 19 yg xde jual kilo pon boleh kurang dah...yg dadah ni 'jelas dan nyata kewujudannya'....kenapa x boleh 'cari & musnahkan'.....mmm...mesti cam kes seludup pati,mesin judi,pelacuran tu semua...ada jer 'x betulnya'.
Quote ifanonline 21-6-2022 02:27 PM
Skuau replied at 21-6-2022 02:25 PM
covid 19 yg xde jual kilo pon boleh kurang dah...yg dadah ni 'jelas dan nyata kewujudannya'....kenap ...

tiada political will...lihat shj presiden filipina, ada political will presiden sendiri membunuh semua pengedar dadah dan penghisap dadah...
Quote Shazid 21-6-2022 02:34 PM
Allahukbar....Semoga anak itu selamat
Quote white_musk 21-6-2022 02:42 PM
Sepatutnya tidurkan pakciknya saja.... tidurkan terus
Quote Suchi 21-6-2022 02:49 PM
adeqbun replied at 21-6-2022 02:23 PM
Boleh x mak die pon kene charge jugak sbb pengabaian anak dan letakkan risiko nyawa anaknya d tgn or ...

Baca kat sinar harian budak tu tengah dlm jagaan datuk dia masa sepupu mak dia dtg ambil.
Mak dia mcm takde kat umah je masa tu maybe g kedai ke apa tak pasti la.
Sbb dia kata bila dia pulang atuknya kata budak tu dibawa jln2 ke sungai dgn sepupu dia tu.
Masa dihantar pulang tu yg mak dia perasan budak tu mcm letih lemah je ingatkan lemas kat sungai ke apa.
Si mak tu pun pesakit kanser payudara, tak keje duk ngn ayah dia aka datuk budak tu.
Suami cam biasalah tak tau mana tak amik tau dah anak bini.
Quote KamikuP 21-6-2022 02:51 PM
Mana bendera negeri ni @tumpanglalu?
Quote kessah 21-6-2022 02:58 PM
Ya Allah , kesiannyaaaaaaaaaaaaaa
Quote CariMalay 21-6-2022 03:00 PM
Teruk betul perangai. Penagih sial. Dah tahu budak tu OKU patut kesian la sikit, bukannya tambahkan lagi penderitaan budak tu

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.112791 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top