Baru-baru ini, Sherry Alhadad ada berkongsikan satu video di Instagram mengenai pakaian yang digunakannya untuk menunaikan solat.
Dalam video itu, Sherry menyatakan pakaian tersebut kelihatan nampak lebih mudah untuk digunakan bagi menunaikan solat. Meninjau di ruangan komen, ramai memuji penampilah Sherry itu. Selain memuji kecantikannya, mereka juga mendoakan agar Sherry istiqamah. Namun, terdapat satu komen mempersoalkan bahagian tangan untuk pakaian tersebut.
Individu terbabit bertanyakan mengenai kain yang menyebabkan kulit tidak bersentuh dengan sejadah ketika melakukan sujud. Sementara itu, komen balas daripada netizen lain menjelaskan bahawa tidak diwajibkan bersentuhan tempat sujud dengan telapak tangan, tapi ada ulama yang mewajibkan tapak tangan dibuka dan keputusan akhirnya adalah tidak mengapa jika tapak tangan terhalang ketika melakukan sujud. Malah, Ustaz Azhar Idrus juga pernah memberi penjelasan mengenai perkara ini. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT