CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Tidur Sampai Lupa Ambil Anak Bini, Dah Terpaksa Minta Jiran Panjat Rumah

20-6-2022 06:26 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2806| Komen: 16|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Ekyn


Pasti ada di antara pembaca yang suaminya menjemput pulang dari tempat kerja. Kadang-kala pernah juga terjadi di mana si suami terlambat mengambil isterinya sehingga menyebabkan terpaksa menunggu berjam-jam lamanya. 

Kisah sama terjadi kepada seorang wanita dikenali sebagai Ekyn. Menurut perkongsian wanita ini di akaun Tiktok miliknya, semuanya bermula ketika dia baru saja pulang dari tempat kerja dan terus menghubungi si suami untuk menjemputnya. 

Namun, wanita ini berasa pelik kerana panggilannya langsung tidak dijawab. Hal ini menyebabkan dia terpaksa menunggu suaminya selama dua jam. 

Oleh kerana terlalu lama menunggu, dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing, apatah lagi risau sudah terlambat untuk mengambil anaknya di rumah pengasuh.


Setibanya di rumah, wanita ini terpaksa mengetuk pintu rumahnya berkali-kali, namun suaminya tidak membuka pintu. Akibat terdesak, dia terpaksa meminta bantuan jiran untuk memanjat kediamannya dan mengetuk tingkap bilik. 

Rupa-rupanya, suaminya 'tidur mati' kerana kepenatan selepas pulang dari kerja. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terutamanya kaum wanita yang turut menceritakan kisah sama selain berseloroh mengenai 'perang dunia' yang bakal berlaku di antara Ekyn dan suaminya. - CARI

Sumber: Tiktok Ekyn


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msel 20-6-2022 06:55 PM
Orang sekarang ni mmg semua benda wajib rekod ke?
Quote che-cikL 20-6-2022 10:43 PM
Bini baru nak up ni, mengapa takde pegang kunci rumah sendiri? Berat sgt ke nak bawak dalam beg?
Quote gideoncross 20-6-2022 11:06 PM
Ni msti laki bini muda, yg laki plak boleh trlupa kat bini-anak, pelik. Msa brcinta smua ingt, dh khwin jdi lupa. Yikes.
Quote gideoncross 20-6-2022 11:08 PM
che-cikL replied at 20-6-2022 10:43 PM
Bini baru nak up ni, mengapa takde pegang kunci rumah sendiri? Berat sgt ke nak bawak dalam beg?

Sjenis hrap kn laki je kot.
Quote Eva_yy_Ellin 21-6-2022 07:55 AM
Kunci rumah korang ada satu je ke? Kalau suami pegang kunci, isteri tak ada kunci? Jangan terlalu mengharapkan orang walaupun suami sendiri. Kunci rumah kot. Setiap penghuni rumah patut ada satu dan bawa sentiasa kalau keluar rumah. Takut kalau ada apa-apa jadi. Kan dah susah kalau macam ni.

Kecuali si suami ni pakai kunci manual dari dalam, yang jenis selak tu, sebab tu tak boleh masuk.  
Quote prettyuglybabe 21-6-2022 10:14 AM
bebal ke apa..
i tak dok rumah parents pun ada kunci rumah sorang satu tiap adik beradik..
ni kau yang sah-sah duduk rumah tu..
Quote Sazreena 21-6-2022 10:40 AM
Kalau aku, memang tak lah nak tunggu sampai kul 7pm. Agak kul 6 centu xde update apa, terus ambik grab jemput anak. Kalau umah mak / adik beradik dekat, ko tumpang je semalaman biar bagi dia gelabah tupai. Bahaya wei tdo mati.
Quote KamikuP 21-6-2022 11:11 AM
Mujur tak jumpa suami tengah berselingkuh.. ko takde pegang kunci rumah sendiri ke cyct? Takde duit sgt ke nak  buat pendua ekkk?
Quote Dalcott 21-6-2022 11:32 AM
nasib jumpe suami tu hidup lg. klu meninggal mesti tulis cerita lain kan
Quote Artemesiaa 21-6-2022 03:03 PM
Yang berharap pada yang tidur mati ni dah kenapa bawak ler kunci rumah sendiri tak ler susah macam tu
Quote shy79 21-6-2022 03:40 PM
tengah kalut tengah nak marah pun sempat lagi record?
demi content ya
Quote mizruncing 21-6-2022 04:07 PM
pape wajib record duluuuu
Quote Cokoro 21-6-2022 04:15 PM
Kdg2 trfikir mcm mana dorang boleh apa2 hal nk rekod dulu.
Quote matseh 21-6-2022 05:10 PM
Bukti, laki dia x buat apa2. Peluang buat content.
Boss aku yg tua bangka tu sll cakap kpd staff2 dia yg muda2.
Org lelaki minimum, tau masak nasik dgn goreng telur.
Org Perempuan, boleh bawak kereta sendiri. Lagi bagus kalau ada opis husband yg tau serba serbi tahu mcm dia. Gatai..boss ni.

Quote nakkomenjugak 22-6-2022 02:05 AM
aikkkk????
ko tak pernah berumah ke selama ni????
kunci tak buat pendua kaaaaa?????
banyak betul pertanyaan
Quote ninnamina 22-6-2022 09:25 AM
rajinnye la merekod

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038365 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top