Keprihatinan netizen terhadap nasib 24 ekor kucing milik penyanyi Allahyarham Adibah Noor akhirnya ternokhtah apabila haiwan itu bakal diperlihara oleh pengurus arwah sendiri.
Pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Todd berkata, dia banyak menerima mesej dan pertanyaan orang ramai yang menawarkan diri untuk menjaga kucing-kucing tersebut. Menurut Todd, dia memegang amanah Adibah yang mesra disapa kak Dib agar memintanya untuk menjaga kesemua kucing tersebut selepas Allahyarham tiada. "Saya terima banyak mesej cakap nak minta bela kucing-kucing arwah. Malah ada pihak tawar diri nak jaga kucing arwah la. Kucing-kucing masih di rumah arwah kak Dib.
"Arwah memang dah amanahkan saya untuk menjaga kucingnya. Arwah kata bila dia tak ada, tolong jaga kucing dia. Ikutkan masa dia masih ada pun, saya jaga juga. "Jadi, memang tak pernah berniat pun nak bagi kucing-kucing arwah kepada orang lain. Saya dan kakak arwah yang akan jaga semuanya," kata Todd kepada mStar.
|
ezacbee replied at 20-6-2022 06:04 PM
Kucing2 aku semua dah sunat. Senang jaga. Klo dibiarkan mau berpuluh kucing. Tak terjaga.
Imkhai replied at 20-6-2022 06:14 PM
Urusan arwah senang btl ms hidup x mnyusahkn org bila xada pon x susahkn org contohnya kucing2 dia s ...
stingerbumpy replied at 20-6-2022 06:06 PM
Zalim ko...penghapus keturunan meow
sleepandream replied at 20-6-2022 08:14 PM
lagi zalim kalau nanti dia beranak pinak tak terjaga... ada yang mengacau rumah jiran kena simbah ...
Dolmat replied at 20-6-2022 08:03 PM
KEBAIKAN ARWAH HANYA ALLAH SWT YG TAHU.
YG MEMFITNAH ARWAH.. PELAN2 MERANGKAK CARI DIA DI SANA....
Y ...
Buritan replied at 20-6-2022 07:13 PM
Kannn.. area rumah aku ni.. kucing stray seko je punn bising nak mampus seko seko.. jiran aku tuu ...
stingerbumpy replied at 21-6-2022 04:06 AM
If almarhumah was indeed a good person we all believe she was…then surely dia juga seorang insan ...
ADVERTISEMENT