CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Beberapa Petua Untuk Sakit Gout

7-8-2015 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11756| Komen: 20


Oleh : TS Loo

gout  2.png
Penyakit Gout adalah satu bentuk artritis yang disebabkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi.

Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi, khususnya ibu jari kaki.

Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.




Antara petua sakit gout :



jeri.jpg
1)Mengambil sekitar 20biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang fresh anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.


sup_副本.jpg
2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.


kaktus.jpg
3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.


teh gout_副本_副本.jpg
4) Minum air green tea yang direndam dalam betik muda yang isinya telah dikeluarkan. Caranya adalah potong betik jadi dua belah untuk dijadikan seperti bekas gelas. Isi di dalam betik itu di keluarkan. Kemudian ambil green tea dan rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang. Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup. Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang. Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya. Green tea boleh di dapati di kedai herba.


Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun perlu diambila pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.

Minyak-Ikan_副本.jpg
6) mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).

Selain itu, pesakit gout boleh juga mendapatkan rawatan gout tradisional atau cara rawat gout yang telah tersedia di pasaran untuk mempercepatkan lagi proses rawat gout.


20

Bagus
32

Marah
19

Terkejut
29

Sedih
23

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote semerbak 7-8-2015 04:57 PM
Makan ubat Allopurinol.
Quote iznanaziz 11-2-2016 04:49 PM

Ubat ni kat klinik kerajaan ada tak?
Quote ipes2 11-2-2016 09:05 PM
Bagus article ini, walaupun saya tak tahu evidence tentang kesahihan rawatan rawatan di atas, dan cuma pemakanan cherries sahaja yang ada sedikit ura ura bahawa ianya berkesan.
Lebih utama, saya kira, ialah untuk mengurangkan sumber crystals yang menyebabkan gout tadi. Makanan yang memngandungi banyak purines adalah penyebab gout, kerana ia adalah sumber kepada uric acid, yang boleh menjadi monosodium urate crystals.

Antara makanan yang boleh precipitate gouts ialah daging (tidak semestinya you elak makan daging kerana ia amat penting, kurangka aje), ikan sardine, ikan bilis, mussels, ketam, kerang, sayur spinach, ikan kembung pon, shellfish, telor ikan, liver, kidneys (jangan berhenti makan semua ini.. cuma jgn berlebihan dan jgn makan bila rasa mcm nak kena gout. Elakkan dehydration.

Allopurinol akan menyebabkan uric acid tadi dibuang melalui air kencing.
Quote LingTong1999 19-2-2016 08:23 AM
Sakit gout apa ni?
Quote ballyderina 20-9-2016 10:12 PM
Sikitnya komen tentang gout ni...
Quote rukia2 23-9-2016 10:13 PM
iznanaziz replied at 11-2-2016 04:49 PM
Ubat ni kat klinik kerajaan ada tak?

ada..tp skarg not really recommended sbb high insidence of steven johnson syndrom..so better amek colchicine or voren time acute..then kawal pmakanan je
Quote iznanaziz 26-9-2016 12:41 PM
rukia2 replied at 23-9-2016 10:13 PM
ada..tp skarg not really recommended sbb high insidence of steven johnson syndrom..so better amek  ...

steven johnson syndrom tu penyakit apa?

ubat yg u sebutkan tu ada jual kat farmasi ke?
Quote rukia2 26-9-2016 05:29 PM
iznanaziz replied at 26-9-2016 12:41 PM
steven johnson syndrom tu penyakit apa?

ubat yg u sebutkan tu ada jual kat farmasi ke?

yup! both ada jual d frmasi..kalau dolu2, colchicine tu perlu amek time acute smpai r jdk diarrhea bru stop..tp skarg diorang advice utk amek 3 kali sehari during acute..klo dh ok, stop je..steven johnson tuh plak skin reaction..kdg2 towards medication r cth cm allopurinol..kulit jadik merah2 cm trbakar n sakit sgt..u bley google klo nk tau lebih lg pasal ni.
Quote iznanaziz 27-9-2016 10:22 AM
rukia2 replied at 26-9-2016 05:29 PM
yup! both ada jual d frmasi..kalau dolu2, colchicine tu perlu amek time acute smpai r jdk diarrhea ...

terima kasih ya rukia, ia dpt byk membantu.
ayah kerap kena gout.
yg dpt trace, dia tak leh makan kacang dal roti canai tu
daging..
Quote rukia2 28-9-2016 12:09 AM
iznanaziz replied at 27-9-2016 10:22 AM
terima kasih ya rukia, ia dpt byk membantu.
ayah kerap kena gout.
yg dpt trace, dia tak leh maka ...

No probs..sharing is caring kn   
Quote wikedsaikel 2-10-2016 06:42 PM
Rebusan daun pandan pekat pon elok kan?
Quote iznanaziz 4-10-2016 09:42 AM
wikedsaikel replied at 2-10-2016 06:42 PM
Rebusan daun pandan pekat pon elok kan?

oh ye ke? first time dengar ni

Quote Jajabeans 10-10-2016 06:16 PM
rukia2 replied at 26-9-2016 05:29 PM
yup! both ada jual d frmasi..kalau dolu2, colchicine tu perlu amek time acute smpai r jdk diarrhea ...

sejenis pain killer ke
Quote rukia2 10-10-2016 07:50 PM
Jajabeans replied at 10-10-2016 06:16 PM
sejenis pain killer ke

ermm...klo colchicine tuh dy antiinflammatory..dy kurgkn inflammation (rse sakit, bengkak,panas) kt tempat gout tuh)..tp klo org x de gout, xde ape lah..klo voren tuh pain killer..sakit lain pon dy bley bntu kurgkan..
Quote PongKang 17-10-2016 07:22 PM
sakit gout ni biasanya boss2 lelaki salu kene
ntah apa dorg makan waktu lunch hour pastu esok gout dorg MC. lusa dtg keje pakai sandal
Quote rainbowrainz 18-6-2020 10:19 AM
Daun susu nabi rmi org cina makan

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.163549 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top