Normal untuk ibu bapa bersikap sedikit cerewet dan protective apabila menyentuh isu pemakanan anak-anak. Tidak semua makanan atau minuman boleh diberikan kepada mereka, lebih-lebih lagi jika si kecil berusia di bawah lima tahun.
Silap hari bulan, perut si kecil akan meragam, malah tidak mustahil mereka terpaksa dirawat di hospital gara-gara 'disumbat' makanan yang bukan-bukan. Hal serupa berlaku kepada seorang bayi perempuan sehingga perutnya meragam semalaman gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab jirannya yang memberi minum air berkarbonat.
Apa yang dikesalkan, tindakan tersebut dilakukan tanpa kebenaran ibu mangsa. Bercerita mengenai insiden yang menimpa anak kecilnya, Anggun baru-baru ini, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Bee Naiscyaa berkata ketika itu dia meminta bantuan seorang jiran untuk menjaga bayinya yang berusia 10 bulan buat seketika. "Saya turun di lobi bawah untuk ke kedai, kebetulan bertemu jiran yang sudah berumur pangkat makcik. Saya singgah sebentar dan bersembang. Saya minta tinggal sekejap sahaja untuk ke kedai di tepi lobi. "Apabila saya kembali menuju ke arah anak yang sedang duduk dalam stroller, saya nampak makcik tu suap sedikit air berkarbonat kepadanya. Terus saya berlari ke arah makcik itu dan tegur air gas tak elok untuk bayi. "Dia jawab anak saya nak rasa sikit, tak banyak pun," cerita wanita berusia 27 tahun ini kepada mStar ketika mengimbas kembali insiden berkenaan. Menurut Bee Naiscyaa, dia langsung tidak melengahkan masa lantas terus bergegas membawa anaknya pulang ke rumah dan memberinya minum air masak. Bagaimanapun, hal yang dibimbangi Bee Naiscyaa berlaku jua apabila anak tunggalnya mula menangis semalaman, disyaki akibat sakit perut dek minuman berkarbonat yang diminum sebelum itu. "Anak menangis, meragam... waktu itu sudah malam dan suami masih bekerja. Belum pulang ke rumah lagi. Saya hanya mampu sapu minyak ubat sambil urut perut anak. "Sambil tu saya sulam dengan air masak. Alhamdulillah tak lama kemudian dia tidur dan selepas cirit birit dia beransur pulih. Mujurlah dia sakit perut malam itu saja," kata wanita yang menetap di Alam Damai, Cheras. Ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini, kejadian tersebut secara tidak langsung membuatkannya sedikit trauma dan serik untuk berjumpa dengan orang. "Apabila saya kongsikan dekat TikTok, kebanyakannya memang minta saya bertegas dan jangan biarkan anak kepada sesiapa. "Daripada perkongsian itu juga, saya ingin tegaskan supaya orang kita sedar dan jangan bawa budaya yang tak masuk akal. Suap menyuap bukan satu trend dan boleh membawa maut. "Kalau sesiapa suka suap menyuap bayi, tegur dengan cara yang tegas. Beritahu mereka kepentingan pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak bawah dua tahun," katanya lagi. Sumber: mStar
|
jari10 replied at 18-6-2022 09:32 PM
Yang kau tinggal anak tu pada orang dah kenapa???
ezacbee replied at 19-6-2022 01:50 PM
Salah sendiri. Janganlah caya kat orang 100%. Lepas ni lepak la lagi kat taman, tah hapa lagi disumb ...
margo20 replied at 19-6-2022 12:25 PM
ingatkan dapat kasihan rupanya cacian
imanjannah replied at 19-6-2022 12:08 PM
dah kedai tu dekat je pun, knapa la ko nak tinggalkan anak ko dengan org lain? itu baru disuapnya 10 ...
gideoncross replied at 19-6-2022 03:02 PM
Tngok umur mak tu pun dh thu, bru 27 thun haha, hsil khwin muda, ank pun lantak je lh.
jari10 replied at 19-6-2022 03:08 PM
Dah pernah berkali2 kan dia kata pernah disuap dgn yg tak sepatutnya..termasuk rendang. Memang mak ...
ADVERTISEMENT