Seorang wanita berusia 54 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub hari ini atas pertuduhan membenarkan anak perempuannya dianiaya secara seksual oleh seorang paderi di salah sebuah gereja di Bentong, dua tahun lalu.
Pertuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya, namun semasa pertuduhan dibaca, tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dan meminta supaya dibaca berulang kali. Bagaimanapun, tertuduh yang merupakan ejen minuman air kultur itu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut. Kelihatan suami tertuduh turut hadir ke mahkamah untuk mendengar pendakwaan terhadap isterinya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 31 (1) (b) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta yang sama. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anisah Pisol manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Anisah meminta mahkamah mengenakan RM12,000 dengan seorang penjamin sebagai wang jaminan terhadap tertuduh. Mahkamah menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Sumber: AWANI
|
sharlenetexas replied at 17-6-2022 04:56 PM
Sama ke isi dgn berita satu lagi?
ellZack replied at 17-6-2022 05:35 PM
Sama kot. Raub. Cuma nilai ikat jamin dengan tarikh berbicara je berbeza. Yang mana satu betul nta ...
ADVERTISEMENT