Makanan segar dan berkualiti adalah perkara yang perlu menjadi keutamaan di sesebuah premis makanan untuk menjaga kepuasan pelanggan. Baru-baru ini, ada ciapan tular di Twitter yang memaparkan seorang pelanggan yang kecewa dengan kualiti restoran makanan segera KFC kerana ayam yang dijamu olehnya telah lama masak. Menurut pelanggan itu, burger ayam yang dipesannya kelihatan lama dan liat. Malah, burger itu dipercayai dipanaskan semula untuk dihidangkan kepada pelanggan tersebut. Sementara itu, pihak KFC Malaysia berkata pihaknya telah menghubungi pelanggan itu secara peribadi untuk memohon maaf pengalaman yang kurang baik. KFC Malaysia juga berterima kasih kepadanya kerana telah membawa perkara tersebut untuk perhatian syarikat. -CARI
|
ladybugz replied at 18-6-2022 01:47 AM
pernah kena dua kali ayam busuk yg dah lebam pakej dgn bau busuk. di outlet kfc yg sama dan dua wakt ...
ADVERTISEMENT