CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

200 Ikan Laga, 8 Ekor Kucing Rentung- Pemilik Tinggal Sehelai Sepinggang

17-6-2022 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2118| Komen: 10

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisahnya mengenai seorang individu yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya di Kampung Contoh, Petagas, Putatan, Sabah, hangus dijilat api.


Lebih pilu, dia turut mengalami kerugian lebih RM70,000 selepas ikan laga dan kucing yang dijualnya rentung dalam kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam pada Khamis, sebanyak 15 rumah musnah terbakar menyebabkan 76 penduduk terdiri daripada 17 ketua isi rumah (KIR) kehilangan tempat tinggal.

Foto: Sinar Harian

Matdin Pulau, 54, mendakwa kebakaran itu bermula dari salah sebuah rumah jiran mereka yang terletak di bahagian hadapan dan dia hanya menyedari kejadian itu apabila api dilihat sudah marak.

"Ketika kejadian saya berada di tempat penyimpanan ikan laga dan saya lihat api begitu pantas merebak ke rumah sebelah.

"Saya segera membawa ahli keluarga keluar dari rumah tanpa sempat membawa sebarang pakaian atau barangan dari rumah kerana mahu menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kebakaran pada Jumaat.

Katanya lagi, akibat kejadian itu dia tidak sempat menyelamatkan haiwan peliharaan yang dijualnya kerana keadaan ketika itu sangat genting.

"Sebanyak 200 ekor ikan laga dan lapan ekor kucing jenis bengal tidak dapat diselamatkan. Haiwan itu semuanya ditemui rentung pagi tadi.

"Kami memang tinggal sehelai sepinggang, semua barangan berharga isteri termasuk barangan kemas dan wang tunai lebih RM7,000 turut musnah terbakar," katanya.


Foto: Sinar Harian

Seorang lagi penghuni, Hasrani Harun, 44, memaklumkan, ketika kejadian dia dalam perjalanan menghantar anaknya ke asrama di Tuaran, namun terpaksa berpatah balik apabila menerima panggilan telefon bahawa rumah mereka terbakar.

"Dalam keadaan panik, melalui telefon juga saya arahkan anak serta bapa saya yang berada di rumah supaya mereka selamatkan diri terlebih dahulu.

"Semua barangan termasuk dokumen pengenalan diri seperti sijil lahir dan wang tabungan serta barang sekolah anak-anak seperti komputer riba dan pencetak tidak sempat diselamatkan," katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) telah diwujudkan untuk penduduk yang terjejas supaya berpindah untuk sementara waktu.

"Saya dimaklumkan hanya enam keluarga yang melaporkan diri di PPS dan ada beberapa keluarga mangsa tinggal di tapak kebakaran ini selain menumpang di rumah keluarga yang terdekat.

"Untuk perancangan jangka panjang, kita dapatkan butiran laporan secara terperinci dan kita lihat bagaimana kerajaan boleh membantu mereka mengikut kriteria sama ada mungkin mereka ditempatkan menerusi bantuan perumahan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diumumkan kerajaan negeri baru-baru ini," katanya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 17-6-2022 04:34 PM
kucing tu
Quote aint 17-6-2022 05:05 PM
kesian nya kucing2 tu...
Quote Decaffeinated 17-6-2022 05:31 PM
dia turut mengalami kerugian lebih RM70,000 selepas ikan laga dan kucing yang dijualnya rentung dalam kejadian itu

Binatang mati terbakar tapi yang disibukkan nilai kerugian. Banyaknya rugi sampai 70k aku Google ummah jual kucing bengal harga dalam 1.5k sekor
Quote Artemesiaa 17-6-2022 05:45 PM
Takziah buat semua mangsa yang terlibat.  Sian kucing terkurung tak dapat nak selamatkan diri akhirnya rentung.
Quote white_musk 17-6-2022 05:50 PM
Akak kesian kucing sahaja... tuan kucing tiada alfatihah for you
Quote tumpanglalu74 17-6-2022 06:19 PM
1024px-Flag_of_Sabah.svg.png
Quote gigahertz 18-6-2022 10:32 AM
white_musk: Akak kesian kucing sahaja... tuan kucing tiada alfatihah for you

kalau di lepas kucing tu mesti hiDup lagi
Quote missbigrockstar 18-6-2022 02:25 PM
Tiada simpati pada tuan.
Hanya sedih membayangkan saat kematian menyeksakan kucing2 dan ikan2 laga.
Quote buapakperut 18-6-2022 02:40 PM
Adoi kesiannya pets tu
Quote Lordsent 18-6-2022 11:08 PM
https://lordsent.com/

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.066422 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top