Melucukan apabila rata-rata netizen terpedaya dengan aksi seorang lelaki membancuh susu di tempat duduk pemandu ketika kereta dinaikinya sedang bergerak apabila kenderaan itu sebenarnya sedang ditunda.
Pada mulanya, netizen mengecam tindakan tersebut yang dilihat mengancam keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya lain. Namun, segalanya terbongkar apabila video yang dimuat naik di laman sosial oleh Niza Dafani menunjukkan kereta itu sedang ditunda pada hujung rakaman. Ia lebih kepada gurauan pemilik akaun dengan suaminya.
Perkongsian itu telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial kerana mereka sudah ditipu oleh pemilik akaun tersebut. “Aku ingat dia naik kereta auto tadi,” marah seorang pengguna. “Hmm, tertipu rupanya,” luah Norhasiah. “Sikit lagi nak maki, nasib baik dah tengok video ini sampai habis,” kata pengguna lain. -CARI Sumber: Kosmo
|
Artemesiaa: Perbuatan yang bukan saja memb ...
renko replied at 17-6-2022 06:20 PM
demi sesuap like
atas towing pun towing la
wirazam replied at 17-6-2022 10:00 PM
Konten sampah mcm ni..aiyooo pls lar
Artemesiaa replied at 17-6-2022 05:48 PM
Perbuatan yang bukan saja membahayakan dirinya anak juga pengguna jalanraya yang lain. Kalau benar ...
ADVERTISEMENT