Rakan Siti Bainun memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin bahawa pengasas Rumah Bonda itu menganggap kanak-kanak sindrom down tidak akan merasa sakit kalau dikasari.
Penyelidik Undang-Undang, Suhana Zam berkata, perkara itu diberitahu Siti Bainun sendiri selepas dia menegur wanita itu yang dilihat sedang mencium salah seorang bayi sindrom down dengan kasar. “Saya berkata pada dia (Siti Bainun), jangan cium budak itu kuat-kuat sangat sebab nanti dia sakit. “Siti Bainun menjawab semula dengan mengatakan ‘budak sindrom down tak rasa sakit, kak’ kata saksi itu.
Bayi sindrom down tersebut merupakan salah seorang anak angkat Siti Bainun yang dikenali sebagai Tulus Bael. Selain itu, Suhana, 40, memberitahu bahawa dia tidak dibenarkan membuat sebarang kerja rumah ketika melawat kondominium Siti Bainun di Wangsa Maju. Sebaliknya, beberapa remaja di bawah jagaan Siti Bainun iaitu Balqis, Yasmin dan Aida yang diarahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah itu. Saksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad. Siti Bainun, 30, kini dibicarakan atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down bernama Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung. Sumber: UTUSAN ONLINE |
saviour_09 replied at 17-6-2022 04:25 PM
mari sini aku cium ko dgn tapak kaki aku nak benon?
kakikuDibibirmu replied at 17-6-2022 05:14 PM
Kesian dekat mangkuk jamban duduk, takut pecah ...
kakikuDibibirmu replied at 17-6-2022 04:26 PM
Ya Awloh, ini orang ke badak air? {:m ...
Cokoro replied at 17-6-2022 05:26 PM
Berapa eh berat dia?
Nnoor2 replied at 17-6-2022 05:24 PM
Siti bainun ni x pernah pi sekolah ke...jawapan dia x guna otak
kotakominami replied at 17-6-2022 05:00 PM
Pelik orang kalau turun naik court berbulan2 mau kurus susah hati.....dia ni mcm dipam pam badannye. ...
Nnoor2 replied at 17-6-2022 05:27 PM
Badan dia 3 kali badan pakcik baju putih tu...
Cokoro replied at 17-6-2022 05:32 PM
Pkcik bju putih tu pun kerling mcm terkejut gitu akak rela tu pun.
ADVERTISEMENT