Selepas tiga tahun kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019 lalu, keluarganya semalam tampil membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.
Ahli keluarga Faziani berkata, laporan itu dibuat selepas mereka mengesyaki wujudnya unsur lain berhubung kematian tersebut, justeru mereka menuntut siasatan lebih terperinci dilakukan, lapor Utusan Malaysia. “Hasil maklumat yang diperoleh peguam (dilantik keluarga) mendapati kematian Allahyarham diragui dan kami mengesyaki kematian Allahyarham bukan disebabkan kemalangan semata-mata. “Sebaliknya ada unsur lain, oleh itu kami tampil ke IPD Tumpat pada pukul 1 petang hari ini (semalam) untuk membuat laporan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut. - CARI
|
marla69 replied at 16-6-2022 10:23 PM
Tak taw kenapa.masa baca news meninggal tu..i ols dah syak something fishy going on....lama giler ba ...
syakuntala replied at 16-6-2022 10:54 PM
Ada bc kat tik tok anak dia.. kat blkg kepala arwah mak dia mcm ada lubang...
syakuntala replied at 16-6-2022 10:54 PM
Ada bc kat tik tok anak dia.. kat blkg kepala arwah mak dia mcm ada lubang...
supernaturalee replied at 16-6-2022 11:47 PM
Produk ni ada lg ke
Jgn sbb income dh merudum plk br nk bkk kes
imthegirl replied at 16-6-2022 11:54 PM
Dasyat nya
Dia ni masa meninggal memang tak da post mortem ya?
ADVERTISEMENT