Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap beberapa pengasas produk kecantikan serta selebriti terkenal yang memuat naik kandungan boleh disifatkan jelik di Instagram dan TikTok mereka baru-baru ini.
“MCMC memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang telah memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan TikTok masing-masing. “Siasatan dibuat susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu-individu berkenaan. Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan,” katanya semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ina_na replied at 17-6-2022 09:56 AM
Ala 50k tu mcm 5sen je bg deme..beli rumah juta2.. produk kan terlajak laris..celah gigi je la denda ...
dua_chzy replied at 17-6-2022 06:56 PM
Celah gigi pun duit juga tu. Orang kaya ni la biasanya paling kedekut jika duit yang keluar bukan ...
renko replied at 17-6-2022 03:47 PM
masih belum nampak ostajah bieber komen pasal ni
ADVERTISEMENT