Seorang pengguna Facebook, Azura Said mendakwa terjumpa ekor tikus di dalam bungkusan asam jawa. Perkongsian wanita ini mengundang perahtian netizen yang rata-ratanya berasa geli dan meloyakan melihatnya.
Dalam gambar tersebut dapat dilihat ekor binatang, dipercayai tikus yang telah digaul bersama asam jawa yang dibungkus sebelum dipasarkan kepada orang ramai. "Selalu dengar dari mulut orang je, nahhh, hari ini kena dekat diri sendiri. Dah elok guna dah nak habis dah pun. Hujung-hujung jumpa ekor tikus terus. Ni ekor dalam pek yang ni. Badan, kepala, tangan, kakinya di mana?
Ekor apa lagi kalau dah kecik macam ni, mestilah ekor tikus. Tikus bukan seperti cicak, boleh putuskan ekor dengan sendiri." Di ruangan komen ramai berasa nak muntah dan meminta supaya wanita ini membuat laporan kepada pihak berkuasa. Ada juga yang mencadangkan agar orang ramai menggunakan asam keping sebagai alternatif menggantikan asam jawa. -CARI
|
ADVERTISEMENT