KUANTAN: Gara-gara termakan pujuk rayu lelaki warganegara Amerika Syarikat, seorang warga emas terpaksa berputih mata kerugian lebih RM4 juta dipercayai ditipu sendikit ‘Love Scam’.
Mangsa mengenali lelaki tersebut melalui laman sosial, Facebook miliknya. Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita berusia 66 tahun itu merupakan pesara kerajaan dan mengenali suspek sekitar pertengahan tahun lalu. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit memperkenalkan dirinya sebagai ahli kaji bumi sebuah syarikat mencari gali minyak yang tinggal di Amerika Syarikat.
“Sepanjang perkenalan mangsa dan suspek di antara 2 Disember 2021 hingga 31 Mei lalu, mangsa telah diperdaya oleh suspek bersama dua rakan sejenayah dengan pelbagai alasan. “Ini termasuklah membantu suspek menjelaskan hutang, pembayaran kontrak kerja, upah pekerjaan, kos perubatan serta kos pembayaran peguam urusan harta warisan bapa suspek yang dikatakan mati akibat tekanan masalah hutang. “Mangsa dikatakan telah membuat pindahan wang sebanyak 190 kali ke dalam pelbagai akaun bank diberikan suspek dengan jumlah kerugian keseluruhannya bernilai RM4,342,500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ramli berkata, setelah menyedari dirinya ditipu wanita terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, 15 Jun lalu. Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan pujuk rayu individu khususnya yang tidak dikenali. “Ini kerana selalunya pelaku jenayah menggunakan pelbagai muslihat untuk memujuk dan memperdaya mangsa sehingga semua wang dipindahkan ke akaun pelaku jenayah. “Dalam kes ini, sebanyak 190 transaksi pindahan wang telah dibuat. Ini bermakna mangsa telah diperdaya sebanyak 190 kali untuk memindahkan wangnya dalam tempoh yang pendek. “Justeru, warga emas berumur yang mempunyai simpanan wang jangan alpa dengan pujuk rayu dengan orang yang hanya dikenali dalam media sosial,” katanya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
copy_paste replied at 17-6-2022 03:33 PM
kerja kerajaan ape yg mampu kumpul sampai 4 juta,
menteri ke ni yg kena scam?
kotakominami replied at 17-6-2022 05:13 PM
Bila diberi pangkat kena amanah....kita tak tau mungkin waktu kita dah tua tak boleh nak bekerja.... ...
ADVERTISEMENT