CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penat Keluar Duit Beli Kasut, Lelaki Cacah Tatu Gambar Kasut Di Kaki

17-6-2022 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1957| Komen: 15

LONDON: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) sanggup mencacah tatu kasut kegemaran pada kakinya kerana ‘penat berbelanja’ untuk membeli kasut baharu.

Itu antara insiden didedahkan oleh seorang artis tatu, Dean Gunther, 34, yang memiliki studio tatu dikenali sebagai DG Tattoo di Greater Manchester.

Lapor Daily Mail, Gunther berkata, pelanggan itu mahu tatu reka bentuk kasut jenama Nike dicacah pada kedua-dua kakinya.


Foto: Daily Mail


“Saya mahu mencipta ilusi mengenai individu itu sedang memakai kasut walaupun dia hanya berkaki ayam.


“Reka bentuk seperti ini sudah pasti menarik perhatian ramai kerana amat berlainan. Malah, pelanggan saya sangat menyukai tatu kasut baharunya,” kata NeedToKnow.online.

Menurut Gunther, dia mengambil masa selama dua jam untuk melakar reka bentuk kasut itu dan lapan jam lagi mencacah tatu pada kaki pelanggannya.

“Saya melihat imej itu dalam 360 darjah dan kemudian melakar dan mencacah tatu secara freehand,” katanya.

Dalam satu video, Gunther dilihat sedang mencacah tatu kasut Nike pada kaki pelanggannya.

Video yang dimuat naik di TikTok dan Instagram berjaya menarik perhatian media sosial dengan mendapat lebih dua juta tontonan.

Gunther baru-baru ini pernah menjadi sensasi di internet selepas mencacah tatu bentuk perut six pack pada seorang pelanggan lain. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-6-2022 02:08 PM
Buruknya kuku
Quote zarulnazmi 17-6-2022 02:18 PM
Harap Nike tak saman dia
Quote Cokoro 17-6-2022 02:40 PM
Mendeeee
Quote ice98 17-6-2022 02:45 PM
pastu?? tapak haus gak nanti kan?
Quote ais_kosong 17-6-2022 03:01 PM
bodoh amat..
Quote kakikuDibibirmu 17-6-2022 03:21 PM
t.A.T.u. tersenyum sinis

1654524704606.jpg
Quote sharlenetexas 17-6-2022 03:24 PM
Kalau tak nak pakai seluar pun boleh cacah tatu.


Quote tumpanglalu74 17-6-2022 08:25 PM
kakikuDibibirmu replied at 17-6-2022 03:21 PM
t.A.T.u. tersenyum sinis {:ml ...

[youtube]PV7G5aWy3vc[/youtube]
https://youtu.be/PV7G5aWy3vc
Quote Belibis 17-6-2022 11:08 PM
Tetap sakit kalau terpijak duri walaupun berjenama nike.
Quote Lily_Elizabeth_ 18-6-2022 12:00 AM
tumpanglalu74 replied at 17-6-2022 08:25 PM
https://youtu.be/PV7G5aWy3vc

Thanks. Cantik lah dorang ni nampak muda badan pun nampak elok.dorang top 1999 this video 2021. Still nampk badan cam budak muda.
Quote tumpanglalu74 18-6-2022 12:12 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 18-6-2022 12:00 AM
Thanks. Cantik lah dorang ni nampak muda badan pun nampak elok.dorang top 1999 this video 2021. St ...

Tak.  Itu 2012.  Baru haplod je.
Quote jazaa100 18-6-2022 12:12 AM
ice98 replied at 17-6-2022 02:45 PM
pastu?? tapak haus gak nanti kan?

Tak.....

Kulit tapak kaki makin hari makin keras kematu
Quote Tinot7 18-6-2022 01:10 AM
Yg tatu six pack tuh apecer?
Quote holothurian 18-6-2022 04:18 AM
buruknya lahaiii
Quote Dwdrum 18-6-2022 07:43 AM
Nanti mahu buang ambil masa lebih lama dari  buat tattoo... Buat tattoo 1 day boleh siap cuma healing process lama... But untuk buang few session baru complete hilang.... I pernah di situation rasa banyak masa guna untuk something stupid

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.071001 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top