Anzalna Nasir, berhasrat untuk membantu penghantar makanan yang tular di TikTok baru-baru ini. Hasrat tersebut disuarakan pelakon drama popular Memori Cinta Suraya itu menerusi satu hantaran di Instastorynya.
Menurut Anzalna, dia mahu menghulurkan sumbangan keperluan bayi sekiranya anak individu tersebut adalah lelaki. “Rezeki abang ini dapat motor baharu. Anak abang ini lelaki ke? “Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna banyak barang-barang bayi nak beri kepada dia,” tulisnya.
Sebelum ini, pengguna TikTok, @abamskhai memuat naik rakaman video mengenai seorang penghantar makanan yang menunggang motosikal sambil menggendong bayinya keluar mencari rezeki. Semalam, Ebit Lew menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada rider berkenaan selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa ketika keluar bekerja.
|
Redmyvi replied at 17-6-2022 05:55 PM
Bini dia keje butik, should be bini dia try tnya owner boleh ka bawak bby sementara nk dpt pengasuh ...
Madel replied at 17-6-2022 04:52 PM
Aku ni sejenis peel kalau nak bagi, aku tak adanya nak org tu dtg rumah..
Nko nak kasi brang2 ke bnt ...
ADVERTISEMENT